Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: perlukan bantuan....!!!

Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:
perlukan bantuan....!!!

assalamualaikum...
sy bercinta dgn seorg penagih..sblm knal dia sy tak tau yg dia mengambil benda bodoh tu. slps 8bln sy bersama dgn dia bru sy dpt tau yg dia adalah penagih. keluarga sy smuanya baik dgn dia..mereka smua tak tau yg dia adalah penagih. sy merahsiakan hal ni drpd kawan dan famly. kini dia telah menanam azam utk berhenti mengambil dadah. alhamdulilah skrg dia dh mula bekerja tp sy takut dia akan kembali mengambil dadah secara aktif. dia buat pengakuan pd sy last dia ambil 2 mgu yg lepas...dia minta agar sy sentiasa bersama dgnnya menyokong dan membimbing dirinya kembali menjadi manusia yg sihat. sy nasihatkan dia masuk pusat serenti ttp dia tidak mahu sbb tidak mau ada rekod dadah katanya. sy tak tau apa yg patut sy buat skg...???sy binggung!!!sy tidak mahu masa depan sy punah dan sy juga mahu dia berubah dan kembali ke pangkal jalan. apa yg sy dpt tau...penagih ni takkan boleh berubah atau berhenti menagih.apa yg patut sy lakukan skg???nak tinggalkan dia sy tak sanggup...dan sy tak spi hati kini dia tiada dpt sokongan keluarga.bantulah sy!!

__________________

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

jentayu_anneriez wrote:

Ada benar, ada tidak sangkaan saudari. Sebagai contoh, diri saya sendiri. Isteri pertama saya seorang doktor (pergigian). Sebelum bernikah, saya ceritakan hal peribadi dan siapa saya? saya katakan saya anak jel, keluar masuk pusat serenti. Tau apa jawab dia?

"Rupa aje yang tidak boleh berubah  Bang, tapi perangai boleh"!

Kata2 begitu yang keluar dari mulut seorang intelek, menaikan semangat saya lagi untuk berhenti terus dari menagih.

Kita hanya merancang, Allah swt yang menentukan.

Siapa sangka seorang penagih menjadi suami pada seorang doktor? Berbagai-bagai tohmahan, kata2 nista yang kedengaran. Ada yang sanggup kata, "Doktor tu buta ke? Banggang betul!"

Saya akui hingga kesaat ini,  belum ada lagi seorang penagih dadah dapat diterima semula oleh masyarakat. Lebih malang lagi, jika emak bapak mereka sendiri tidak lagi menerima mereka kepangkuan keluarga. Dengar saja perkataan penagih (dadah), kita akan lihat tembok2 didirikan keliling mereka seolah2 takut terkena tempias penagih tersebut.

Lama2 isteri saya terpengaruh juga dengan kata2 orang, lebih2 lagi kata2 dari emak bapak beliau sendiri dan kawan2 sesama menagih. Kerana kebodohan saya sendiri, saya kembali menagih.

"Kan aku dah cakap, sekejab aje baiknya."
"Kalau dah anjing, anjing juga. Kalau tak makan dihidunya juga!"
"Cakap tak serupa bikin."
Dan berbagai2 lagi.

Maka bertepok tanganlah mereka diatas kerobohan masjid yang saya bina. Saya tidak pernah merasa kecewa malah seboleh2nya mempertahankan masjid yang saya bina. Prinsip saya hanya, "I come with a smile, and I go with a smile too!"

Bukan niat saya hendak memperkecilkan bekas isteri saya. Saya pernah cintakan dia, dia pernah menjadi isteri saya. Kami pernah makan sepinggan (romantik konon!) serta tidur sebantal. Kenapa pulak mesti saya membenci beliau?

Alhamdulillah, enam bulan selepas kami bercerai, saya berkenalan pula dengan isteri saya sekarang. Beliau seperti doktor diatas juga, cuma tiada abjad "D" dan "R" dihadapan nama beliau.

Untuk mengelakkan pisang dari berbuah dua kali, saya kaji selidik bukan isi hati isteri saya sahaja tapi isi hati kaum keluarga beliau semuanya. (Ketika ini saya sudah cuci tangan dari menagih buat sekian kalinya!) Seperti yang saya jangka bukan semua boleh menerima seorang penagih dadah. Once an addict, always an addict! Berbagai2 duri dan ranjau yang perlu saya tempoh sebelum selamat menjadi suami isteri yang sah.

Sdri Jentayu, bukan niat saya hendak membangga2 diri. Siapa saya yang hendak menabik2 dada? Camnepun, saya tetap dicop mohorkan sebagai seorang penagih dadah!

Tujuan saya hanya hendak membentangkan perjalanan yang akan Sdri tempuhi jika bercinta dengan seorang penagih dadah. Sanggup Sdri mendengar kata2 kesat orang ramai, lebih2 lagi dari mulut adik beradik sendiri? Andai kata dia menagih kembali, sanggup menahan karenah seorang penagih dadah? Tepok dada, tanya iman.

Hendak tahu lebih lanjut siapa penagih dadah yang memandai2 ini, baca blog saya.

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

a'kum...
abg man...
lepas sy baca msg abg ntah nape perasaan  bimbang tu menerjah...
sy takut bila pkkan masa depan sy bersama dia. walaupun kini dia menunjukkan perubahan tp sy bimbang sbb dia tidak dpt sokongan dr famlynya sdri. ibunya selalu memaki dan mengherdik dirinya...adakalanya sy sendiri terasa apa yg dikatakan oleh ibunya. sy tidak berani utk menegur krn ibunya lebih tua...sy sdri ada buat reseach ttg pemulihan penagih ni.rata² mrk smua brubah bila di pusat tp apabila kluar jd setan balik...sbbnya dia tak dpt diterima sbgaimana manusia yg lain dan sering dipandang serong.
abg man,
sy pun tak tau nak kategorikan sbg perempuan yg mcm mana...
nak kata bodoh tak...maybe kurang bijak kot
krn cinta sy turutkan segalanya..sy tak mau tinggalkan dia dlm keadaan begini. sy berharap dan sentiasa bermohon allah berikan kekuatan pd dirinya utk jauhi najis dadah ni. cuma kini sy sdri tiada sokongan dr pihak lain...
ibunya mengatakan sy membuat pilihan yg bodoh memandangkan ramai lelaki lain di dunia ini utk sy jadikan pasangan hidup...itu mmg benar!
sy sdri takla berharap sgt hubungan sy ini akan berterusan ke jinjang pelamin. apa yg sy harapkan kini dia berubah dan bahagia spt org lain.
abg man,
baru² ni sy ada bawa dia gi kaunselor...alhamdulillah dia makin ok lepas gi kaunseling...skg dia dpt pastikan apa matlamat hidup dia yg ingin dia capai.
cuma yg dia minta sy sentiasa di balakangnya...
adakalanya bila gian dia dtg sy akn cuba lengahkan dia utk lakukan aktiviti lain. tp jika dia dh tak dpt tahan sgt sy akan dptkan ubat dr klinik utk tahan gian.
sy pun tak pasti bila smua ni akn berakhir...
tp scr jujurnya sy ingin bertanya ada ke dlm malaysia ni seorg penagih dpt pulih sepenuhnya???kembali hidup sihat tanpa najis dadah?

Adik Jentayu,

Sebelum Abg Man meneruskan, Abg Man ingin pastikan bahawa segala pandangan yang akan dijelaskan nanti adalah pandangan Abg Man perseorangan bukan pandangan umum. Abg tidak kata ya, tidak pula kata tidak!

Semua penagih mahu berhenti dari dari menagih, semua mahu stay clean and sober. Tapi kalau tidak ada usaha, kata2 tadi tidak akan sekali2 menjadi kenyataan.

Adik tanya ada tak yang boleh pulih? Abg Man kata ramai. Bahkan abg angkat Abg Man sendiri sudah pulih sepenuhnya. Malah sekarang sudah mempunyai dua orang isteri. Dengar kabarnya, nak tambah seorang lagi. Dia sekarang seorang ahli perniagaan yang berjaya. Katanya, "buat apa duit banyak2, lebih baik aku kawin seorang lagi".

Dulu kalau orang tengok dia pun, orang jijik. Nah sekarang, bak kata Azean, "nah sekarang, lihatlah dunia...".

Ramai lagi kenalan Abg Man yang sudah pulih. Tanpa kebenaran dari mereka, nama2 mereka terpaksa Abg Man rahsiakan.

Tidak perlu nak ceritakan hal orang lain. Contoh terdekat Abg Man sendiri tapi Abg Man tidak akan menabik dada mencanang pada orang, "Aku dah pulih!"

Bila2 Abg Man boleh jatuh. Semasa menghadiri kursus TC (therapeutic community) dulu ada slogan yang berbunyi begini, "There is no graduation for an addict".

Maksudnya, Abg Man perlu berhati2 terhadap ancaman dadah selagi umur dikandung badan. Ada kawan Abg Man yang dah clean and sober selama 15 tahun. Bukan satu jangka masa sekejap tapi akhirnya jatuh juga. Dia menagih hingga mati kerana AIDS.

Biasanya penagih yang berhenti menghisap dek sebab orang lain, tidak akan bertahan lama. Contoh, (bukan nak mengata) berhenti kerana hendak kawin atau nak tunjuk pada mentua/orang bahawa aku dah pulih. Kalau seruan tu datang dari dalam kalbunya, insyaAllah dia akan bertahan lama.

Ini Abg Man nak cerita kisah benar yang berlaku sebentar tadi. Abg Man menerima panggilan talipon dari seorang kawan lama. Kami memang very close. Dia kata, "Hai, aku diIpoh sekarang. Datanglah sini, kita berborak2. Lagi pun, barang disini......."

Bohong kalau Abg Man kata hati kecik ni tidak teruja akan pelawaan kawan tadi. Mulalah syaitan menujuk jarum, "Kalau pekena sekali sekala best ni. Lagi pun dah lama benar tidak merasa. Line clear pulak. Orang rumah keluar bertugas".

Alhamdulillah, Allah swt masih sayangkan diri ini. Dengan tools yang dibekalkan, Abg Man dapat menepis godaan tersebut. Itu sebab kita mesti ada ilmu. Kalau ada ilmu akademik lagi cantik. Tapi Abg Man maksudkan ilmu "ketagihan". Addiction kata orang Indon (saja berlawak!). Kita bukan hanya perlu tahu apa itu dadah tapi kita perlu tahu siapa diri kita? Sebagai contoh, Abg Man tahu diri ini akan menjadi lemah jika kawan2 lama datang bertandang, bercerita tentang kisah silam. Tup! Tup! keluar sepeket! Tak berderau darah tu?

Tapi jika kalau kita ada ilmu serba sedikit, kita tinggalkan saja kawan begitu. Perduli apa dengan mereka. Nak kata kita sombong, katalah! Janji aku tidak menghisap. Dari pengalaman, biasanya kita menjadi serba salah nak meninggalkan kekawan begitu saja. Nak jaga hati kawan, last2 kita pun turut serta. Bak kata orang Sayong, "Sometime you have to be cruel to be kind".

Dulu Abg pun begitu. Abg akan gunakan khidmat girlfriend2, kemudian isteri untuk menagih simpati. Bukan sahaja tenaga mereka Abg pergunakan, malah wang ringgit mereka juga jadi habuan. Abg tahu mereka sayangkan Abg. Apa lagi, Abg gunakan kesempatan tersebut. Setiap kali Abg sakit, mereka akan berlari keklinik untuk mendapatkan obat untuk Abg. Dulu DF118. Sekarang Subutex/ methodone. Senang banyak masa tu. Kalau mereka tidak membeli untuk Abg, Abg akan membuat muka jamban 14. Mainkan perasaan mereka. Kata mereka tak loving lah, tak raggedlah dsbnya. Orang sedang bercinta gila punya, sanggup buat apa sahaja untuk kekasih. Buat2lah merajuk. Nak tunjukkan kasih sayang punya pasal, apa lagi berlari2 mereka mendapatkan obat. Malah pernah Abg bawa mereka kedalam 'port'. Buat peneman konon!

Ada ilmu serba sedikit, baru Abg sedar, perbuatan Abg selama ini salah. Abg telah cuba membudayakan mereka kedalam dunia penagihan. Panjang bab ni. Mintak maap Adik Jentayu, Abg dah melarat2 pulak bercerita.

Apa pun, dalam keadaan boy fren Adik sekarang, dia memang memerlukan seseorang to stand by him. Tapi bak kata seorang penagih, "Agak-agak!"

Last but not least, hubungan kita tidak akan selamat selagi tidak ada restu orang tua/ibu. Pikir2kan lah.

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

hi abg man,
thank sbb abg man sudi melayan msg sy ni...
dr cerita abg man sy sedar...pluang untuk berubah dan bersih dari najis dadah memeng ada dan terbuka luas utk dia. cuma kita sbg manusia biasa terlampau lemah dgn dugaan dan akhirnya segala usaha dihentikan separuh jalan. sy tak nafikan dalam hubungan sy dan dia byk dugaan yg sy alami..lebih² lg time dia nak kan benda tu.adakalanya hati sy terdetik utk tinggalkan dia tp ntah knape sy tak sanggup biarkan dia hanyut sebegitu. sy akan tetap berusaha dan menyokong dia dr belakang...sbb ini jugalah sy perlukan teman utk sy bercerita dan meluahkan apa yg terpendam dlm ati sy.  sy harap perbuatan sy ini tak salah krn masih bersama dia w'pun dia penagih dadah. waktu abg man ingin berhenti apa yg abg man lakukan? dan berapa lama masa yg diambil utk abg man benar² pulih? ttg isteri abg man...apa yg dia lakukan utk abg man berhenti menagih?

Mintak maap banyak2. Abg Man nak keluar sat. Bukan seorang tapi dengan isteri tersayang. Beliau sedang menunggu tu.......

Balik nanti Abg Man jawap...k? 

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

jentayu_anneriez wrote:

hi abg man,
thank sbb abg man sudi melayan msg sy ni...
dr cerita abg man sy sedar...pluang untuk berubah dan bersih dari najis dadah memeng ada dan terbuka luas utk dia. cuma kita sbg manusia biasa terlampau lemah dgn dugaan dan akhirnya segala usaha dihentikan separuh jalan. sy tak nafikan dalam hubungan sy dan dia byk dugaan yg sy alami..lebih² lg time dia nak kan benda tu.adakalanya hati sy terdetik utk tinggalkan dia tp ntah knape sy tak sanggup biarkan dia hanyut sebegitu. sy akan tetap berusaha dan menyokong dia dr belakang...sbb ini jugalah sy perlukan teman utk sy bercerita dan meluahkan apa yg terpendam dlm ati sy. sy harap perbuatan sy ini tak salah krn masih bersama dia w'pun dia penagih dadah. waktu abg man ingin berhenti apa yg abg man lakukan? dan berapa lama masa yg diambil utk abg man benar² pulih? ttg isteri abg man...apa yg dia lakukan utk abg man berhenti menagih?

Boleh, tak boleh, boleh, tak boleh, boleh, tak boleh, akhirnya tak boleh...

Itulah yang biasanya terjadi. Mula2 pikiran keliru, kemudian fizikal plak. Bila airmata dah meleleh2 dan sangap pun lebih dari Tarzan, mula kita memilih menjadi negatif. Kita memilih untuk tidak boleh.

Apabila pikiran dah bulat dan kita pun berazam untuk berhenti dari menghisap dadah, jangan sesekali mencari2 sebab untuk mengatakan tidak boleh. Jika dicari2 salah orang ooops! Jika dicari2 sebabnya, gerenti kita akan berjumpa tak boleh tu.

Jika perkara yang akan kita lakukan itu baik dan baguih (slang Perak), untuk mencapai tujuan, jangan dicari2 lagi tak bolehnya. Cari sebab kenapa kita boleh. Cari penyelesaian, bukan cari alasan.

Tidak ada sesuatupun dalam dunia ini yang mustahil, insyaAllah. Sesuatu itu menjadi boleh jika kita memandangnya dari sudut boleh dan begitu juga sebaliknya.

Abg berhenti menghisap dadah ketika Abg diPusat Serenti ?. Apabila doktor gigi tersebut termakan hasutan kawan2nya dan ditambah pula dengan permintaan bekas mentua, pikiran Abg menjadi kalut. Abg mula menghisap kembali. Kononnya hendak mencari ketenangan. Yang sebenar, Abg hendak lari dari menghadapi masalah.

Ketika itu, tiada sesesiapa yang membimbing Abg. Tidak ada sesiapa tempat Abg mengadu, apatah lagi seorang sponsor! Itu sahaja jalan yang Abg tahu. Ingatkan nak pekena sesekali aje tapi lama2 jadi berkali2. Dalam pada itu, Abg sudah memasang niat supaya Abg ditangkap sahaja. Abg dah tak tahan menanggung derita jiwa dan batin.

Akhirnya, doa Abg dikabulkan Allah swt. Abg ditangkap ketika hendak masuk port. Kalau nak tunjuk hero, memang Abg boleh melawan. Setakat dua tiga orang Abg masih mampu. Lebih2 lagi Abg baru pekena (najis) ais ketika itu. Tenaga dah macam SuperMan.

Ketika bon2 keluar dari tempat persembunyian mereka dan mengelilingi Abg, perkataan pertama yang keluar dari mulut ini ialah, "Alhamdulillah". Abg tahu kalau Abg melawan, Abg yang teruk sudahnya. Apatah lagi mereka siap dengan cota, belantan dan perbagai saiz rotan semambu lagi! 

Tidak perlulah Abg cerita camana siksanya tidak dapat dadah ketika dalam lokap. Dipendekkan cerita, Abg telah dijatuhkan hukuman dihantar kePusat Serenti ?. Di situlah Abg menerima surat dari adik kandung Abg yang mengatakan mahkamah menerima tuntutan fasakh doktor tersebut. Bayangkan menerima musibah ketika dalam tahanan, dimana Abg tidak mampu berbuat apa2. Mulanya Abg hairan juga kenapa Allah swt tidak menerima doa Abg. Abg minta yang baik2, supaya mengekalkan masjid yang Abg bina bersama doktor tersebut. Kemudian baru Abg sedar, astaghfurullah... Rupa2nya Allah swt mahu mengantikan doktor tersebut dengan yang lebih baik. Disitulah Abg bercinta dengan isteri tercinta sekarang.

Adik Jentayu boleh membaca cerita Abg (yang telah diedit) dalam Monograf Perjalanan Kepulihan Bekas Penagih, "Merintis Dedenai Pulang Volume ll". 

Buku tersebut adalah satu projek pencegahan penagihan semula dalam Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Kolej Universiti Islam Malaysia.

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

Salamsss...
                  Kalau anda benar-benar sayangkan dia,bimbinglah dia.Meninggalkan dia bukan 1 penyelesaian yang muktamad.Malah akan makin merosakkan dia dan mungkin akan menyebabkan dia terbabit dengan lebih serius lagi dengan najis dadah.Kesabaran anda adalah perlu dalam membimbing dia semula ke pangkal jalan.Masih ada harapan untuk dia.Kasih sayang dan cinta adalah salah 1 elemen penting dalam menyelamatkan dia dari terus terjerumus dalam penyalahgunaan dadah.

Salamsss...furious

__________________

PUTERA

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

Alhamdulillah, Putera sudah jumpa thread ini. Semuga Putera tahu siapa Tok Man sebenarnya? Tu sebab Tok Man tak jawap Soalan Putera tempoh hari sebab Tok Man mahu Putera 'jumpa' jawapannya disini.

Kebiasaannya, orang akan 'lari' jauh2 apabila mengetahui siapa sebenarnya Tok Man. Contohnya, diBlog Tok Man, tak ada seorang pun rakyat Malaysia yang sudi meninggalkan komen didalamnya. Pembaca2 Tok Man semuanya dari luar. Kekadang sodeh juga Tok Man. Semuga mentaliti orang terhadap penagih akan berubah, tidak lagi menganggap depa ni sebagai 'sampah masyarakat tapi sebagai manusia biasa yang 'sakit'!

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

Salamsss...
                 Baru saya tahu...Maafkan saya sekiranya pertanyaan saya tempoh hari membuat Tok Man tersinggung atau kecil hati,Tapi percayalah,itu hanya sekadar 1 soalan yang ikhlas dari saya tanpa ada niat atau maksud yang lain.Walau apa pun title Tok Man dan apa jua pandangan orang lain,Tok Man tetap juga seorang insan yang bergelar manusia.Apabila kita bergelar manusia,maka kita tak akan lari dari melakukan kesilapan.Tak ada orang yang sepurana sepenuhnya di dalam dunia ini.Cuma apa yang perlu kita perlu segera sedar dari kesilapan dan berusaha untuk tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali.Jatuh bangunnya kehidupan seseorang itu terletak pada diri,keazaman dan tekadnya sendiri.Sedangkan Allah Taala dan Nabi Muhammad ampunkan umatNya,inikan kita sesama manusia.

Salamsss...furious

__________________

PUTERA

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

Alhamdulillah, sejuk hati Tok Man membaca jawapan dari Putera. Kalaulah ramai staf2 AADK cam Putera, Tok Man rasa kadar penagihan 'relapse' semakin kurang. Kerana ada tempat untuk mereka merujuk.

Cuba bayangkan apabila mereka keluar Pusat atau mana2 tempat penahanan, kemana mereka hendak tuju lebih2 lagi jika keluarga sendiri menyisihkan mereka?

Ada baca Berita Harian harini? Tuan Haji kata jumlah penangkapan penagih semakin berkurangan. Jika benar, alhamdulillah. Kena tabiklah pada AADK.

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:

yer tu putera....teman kalo kat luor panggil tok man ni abang man.....walau pun teman tau sejarah dia....teman terima dia macam kawan2 or abang2 yang lain.....cuma yang teman tak seronok dia masih dok panggil teman encik.....rasmi benor rasanya....

__________________

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

Kah! Kah! Kah! Dah terbiasa. Nak buek camno?

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:

tok man...ari rabu ni teman bawak bebudak plkn ke tempat kita dulu....ada program ceramah, sukaneka dan perkongsian pengalaman skit....

__________________

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

Nak ikut? Boleh? Tapi sebagai innocent bystander aje tau!

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:

teman no hal....tapi tanya ler akaknya dulu....tempat tu tempat dia...nanti teman kata boleh, dia kata tak boleh plak...

__________________

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

InsyaAllah, bisa diurus.

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

Dah tanya Akak tapi Akak cakap mana ada ceramah hari tu. Sukan dan muzik adalah. Ni Tok Man nak tanya, ceramah ada ke takde? Kalo ada, Tok Man datang.

Esok (Selasa) dia orang ada Sukan Keluarga tapi setengah hari saja. Mungkin, insyaAllah, Tok Man ada sana. Jumpe disanaaa, sanaaa, sanaaaaaa....

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:

Ok jumpa esok, itu pun kalo bos luluskan cuti teman....esok kita cerita, akak konfius tu....sebab ari tu ada pelatih dari 4 kem dtg ke sana....

__________________

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

Okay, jumpe disanaaaa.....

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

Salamsss...
                 Memang ada baca Berita Harian hari ni tu dan memang benar apa yang Kp cakap.Tapi yang sebenarnya keadaan jadi macam tu,kadar tangkapan penagih jadi kurang sebenarnya disebabkan oleh kadar penagihan dadah jenis heroin,morfin,ganja dan ubat batuk yang semakin berkurangan.Tapi kadar penagihan untuk dadah jenis sintetik semakin meningkat.Salah satu sebab lagi kadar tangkapan penagih jadi berkurangan ialah sebab banyak tangkapan yang dilakukan,mereka diklasifikasikan sebagai pengguna dadah,bukan penagih dadah.Biasanya bagi pengguna dadah,mereka akan hanya diberikan pengawasan sahaja,manakala penagih akan dihantar ke pusat serenti atau penjara.Bagi maksud pengguna dadah ialah mereka yang hanya menggunakan dadah bukan secara aktif atau dengan kata yang lebih tepat mereka yang gunakan dadah sekali sekala sahaja.Manakala pengertian penagih dadah ialah mereka yang gunakan dadah secara aktif atau dengan kata yang lebih mudah ialah mereka yang ambil dadah hari-hari.

Salamsss...furious

__________________

PUTERA

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:

yer tu..sebelum ni mmg ada perdebatan mengenai perkara ni....ni byk melibatkan mereka yang gunakan dadah sintetik untuk berseronok seminggu atau sebulan sekali atau sekali sekala di pusat2 hiburan...adakah mereka ni juga hendak diklasifikasikan sebagai penagih dadah.....tapi bagi teman ler...dema punya persepsi sama juga dengan persepsi orang2 lama pada ganja, ganja tak ketagih...tak ada kesan sampingan......sama gak dgan dema ni, ambik pil dan lain2 untuk berseronok, dema kata tak ada kesan pd fizikal, tak ketagih, tak bergantung pada benda tu, boleh kontrol pengambilannya, kerja ada, gaji banyak...ada apa hal...tapi dema tak sedor kesannya lagi bahaya, dema bolhe jadi agresif dll...sekali ambik dah ada kesan kekal pd otak dll....kesan kekal tu...lama2 gila sebab wayar banyak dah putus....

__________________

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

Kalu ahli sukan plak camne? Urine dah negatif, patut cas dimahkamah, biar Yg Arif tentukan samada bebas, bayar denda atau dipulihkan di Pusat Serenti.

p/s Tengok emel En. Ahok.

-- Edited by ArahMan7 at 11:34, 2007-05-31

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

Salamsss...
                 Rasanyalah,tak kira la ahli sukan tau siapa pun kat dalam negara ni,sekiranya ujian urin didapati positif,hukuman yang dikenakan adalah tetap sama dengan orang lain gak.Baru adil dan saksama.

Salamsss...furious

__________________

PUTERA

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

Masalahnya sekarang, bukan begitu hukumannya. Kebiasaannya mereka akan dilucutkan pingat yang dimenangi dan diban untuk menyertai dari apa2 jua perlawanan. Belum pernah lagi ada ahli sukan disumbatkan kedalam penjara maupun memasuki mana2 Pusat Serenti.

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

Salamsss...
                 Mungkin identiti mereka tak didedahkan kot Tok Man.Tapi setahu saya la,agak ramai juga ahli sukan yang telah dimasukkan ke pusat serenti sejak tahun 80an lagi.Contohnya di PS Muar sahaja dalam tahun 80an,ada tiga orang pemain bola sepak dari Skuad Harimau telah dimasukkan di sana.

Salamsss...furious

__________________

PUTERA

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:

ada tok man....tempat kita dulu pun ada gak....pemain2 bola sepak skuad sukma perak dan kedah masuk, pemain takraw pun ada....tapi ahli sukan yang dah top tak der nampaknya....minggu ni ada 4 pemain bola sepak sarawak ditahan kerana positif dadah semasa rapid test...ujian pengesahan di lab tak tau lagi.....kita tunggu ajer ler....

__________________

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

Salamsss...
                 Harap-harap mereka dikenakan dengan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka.Bukan niat nak menganiayai mereka,tapi mereka perlu sedar bahawa mereka ialah salah satu ikon masyarakat Malaysia.Sepatutnya mereka menunjukkan contoh dan teladan yang baik.Semoga ada hikmah di sebalik semua ini.

Salamsss...furious

__________________

PUTERA

Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

Salam,

SAya baru jer dapat masuk forum ni... Apa la akhirnyer cerita jentayu? masih dengan bf yang sama?

Ni nak share sikit.. Saya isteri kepada seorang yang menghisap ganja. Anak 2 orang masih bersekolah. Sekian lama saya rasa bodoh mempercayai janji suami yang ingin berubah. Stakat di bibir jer, tapi tiada usaha, tak kan jadi apa. Wang saya sampai habis sebab suami tidak bekerja. Sifat malas dan paranoid adalah kesan dari menghisap ganja.

Hari ini, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan beliau. Apa lah guna saya berharap jika saya yangbekerja, menguruskan anak anak dan bila pulang terpksa pula memberi wang pada seorang lelaki yang sepatutnyer menjaga isteri.  Saya berdoa agar Allah memudahkan perjalanan saya dan anak anak saya. Puas sudah badan saya menerima sepak terajang, air ludah maki hamun. Bukan saya tidak sayang.. saya bertahan selama 11 tahun. sehingga saya belakangkan keluarga saya sendiri. Tapi demi masa depan saya dan anak anak, say terpaksa. Walaupun berat dan sukar bagi saya melangkah keluar, tapi saya nekad. Anak anak saya perlukan penghidupan yang lebih baik kerana mereka adalah amanah Allah kepada saya.

Hanya doa yang saya panjatkan semoga suami saya sedar apa yang telah dilakukan kepada saya yang setia menyokongnyer selama ini. Tapi tak siapa akan mengubah nasib kita kalau bukan kita sendiri.

__________________

Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

hi semua,
maaf lama sy berdiam diri.Untuk pengetahuan semua saya telah pun berpisah dgn bf sy yang penagih tu. Memang sy akui byk dugaan dan rintangan yang perlu sy tempuhi untuk membimbing dia ke jalan yang betul. Malangnya..usaha sy tidak dihargai...dia sering kali berjanji dan terus berjanji tapi takde satu pun yang ditunaikan. Malah dia mengugut sy sekiranya saya meninggalkan dia...dia akn lebih teruk dr apa yang sy tgk waktu itu.Setiap kali solat sy tak lupa berdoa agar dia diberi petunjuk dan menjadi manusia berguna. Memandangkan keluarganya tidak menyokongnya...dia telah keluar dari rumah dan bercampur dgn kwn² yang tak berguna tu.Hal itu telah memburukkan keadaan lg..dia bertindak lebih extreme dgn melakukan ragut untuk mendapatkan wang. Bayangkanlah sy pada waktu itu,sy rasa jantung sy seperti nak meletup bila dpt tau yang dia berbuat sedemikian.Sy benar² tekad meninggalkannya..pada waktu tu dia merayu agar sy tidak meninggalkannya...saya berlembut hati memberi peluang lagi tetapi peluang yang diberi tidak digunakan dgn sebaiknya malah dia telah menipu sy. Dia sering kali ke pejabat sy dengan menyatakan pelbagai alasan meminta duit..katanya moto rosak, nak beli ubat utk umi, nak beli ubat utk tahan ketagih dan macam² lg. Saya carikan dia keja untuk dia berubah dan tidak bercampur dgn mat gian yang lain..malangnya dia tidak bersungguh hingga dibuang kerja.Akhirnya setelah lama kesabaran sy diuji, sy pasrah dan putus asa dengannya. Sy katakan pdnya bahawa sekiranya dia masih mencintai sy dia perlu berubah dan sy akan terima dia kembali jika dia benar² berubah.Kini sudah lama sy tidak temui dia dan menurut keluarganya pun dia dah lama tak pulang @ jumpa adik beradik yang lain. Apapun sy sentiasa berdoa agar dia berubah dan menjadi insan yang berguna bkn utk sy ttp utk diri dia sdri

__________________
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us

Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard