Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: perlukan bantuan....!!!

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:
RE: perlukan bantuan....!!!

jentayu_anneriez wrote:

hi semua,
maaf lama sy berdiam diri.Untuk pengetahuan semua saya telah pun berpisah dgn bf sy yang penagih tu. Memang sy akui byk dugaan dan rintangan yang perlu sy tempuhi untuk membimbing dia ke jalan yang betul. Malangnya..usaha sy tidak dihargai...dia sering kali berjanji dan terus berjanji tapi takde satu pun yang ditunaikan. Malah dia mengugut sy sekiranya saya meninggalkan dia...dia akn lebih teruk dr apa yang sy tgk waktu itu.Setiap kali solat sy tak lupa berdoa agar dia diberi petunjuk dan menjadi manusia berguna. Memandangkan keluarganya tidak menyokongnya...dia telah keluar dari rumah dan bercampur dgn kwn˛ yang tak berguna tu.Hal itu telah memburukkan keadaan lg..dia bertindak lebih extreme dgn melakukan ragut untuk mendapatkan wang. Bayangkanlah sy pada waktu itu,sy rasa jantung sy seperti nak meletup bila dpt tau yang dia berbuat sedemikian.Sy benar˛ tekad meninggalkannya..pada waktu tu dia merayu agar sy tidak meninggalkannya...saya berlembut hati memberi peluang lagi tetapi peluang yang diberi tidak digunakan dgn sebaiknya malah dia telah menipu sy. Dia sering kali ke pejabat sy dengan menyatakan pelbagai alasan meminta duit..katanya moto rosak, nak beli ubat utk umi, nak beli ubat utk tahan ketagih dan macam˛ lg. Saya carikan dia keja untuk dia berubah dan tidak bercampur dgn mat gian yang lain..malangnya dia tidak bersungguh hingga dibuang kerja.Akhirnya setelah lama kesabaran sy diuji, sy pasrah dan putus asa dengannya. Sy katakan pdnya bahawa sekiranya dia masih mencintai sy dia perlu berubah dan sy akan terima dia kembali jika dia benar˛ berubah.Kini sudah lama sy tidak temui dia dan menurut keluarganya pun dia dah lama tak pulang @ jumpa adik beradik yang lain. Apapun sy sentiasa berdoa agar dia berubah dan menjadi insan yang berguna bkn utk sy ttp utk diri dia sdri

Alhamdulillah, ArahMan7 memuji diatas keputusan yang diambil oleh Sdri Jentayu. Itu pun setelah Sdri Jentayu telah memberi peluang yang bukan sekali malah telah berkali2 memberi peluang kepada bf tsb agar dia kembali kejalan yang benar.

Baru2 ni pun ada seorang hamba Allah yang meminta pandangan ArahMan7 mengenai perkara yang serupa yang dilalui Sdri Jentayu. Apa yang akan ArahMan7 ceritakan adalah sebagai ikhtibar semata2.

Setelah bercinta lebih kurang 7 bulan, akhirnya hamba Allah ini telah melansungkan perkawinan bersama bfnya walaupun berbagai2 pengalaman dilalui sebagaimana yang pernah Sdri Jentayu lalui. Malah hamba Allah tsb pernah dipijak2 oleh bf dia.

Setelah berkawin baru hamba Allah ni tahu sapa asben dia yang sebenar. Menurut hamba Allah ini sebelum ini dia tidak mengetahui langsung bahawa asben dia ini seorang penagih dadah!

Bayangkan baru 9 hari berkawin, asben dia telah mengadaikan cincin perkawinan dan pertunangan hamba Allah tsb. Tu pun kerana hatinya tergerak mahu memeriksa dompet asben dia dan menemui surat pajak cincin tersebut.

Pendekkan cerita, setelah bergelar suami isteri selama 20 hari, asben hamba Allah itu ditangkap polis kerana melanggar perintah pengawasan.

ArahMan7 memuji sikap hamba Allah ini kerana walaupun asben dipenjara, dia tetap melawat asben dia setiap bulan waktu melawat. Bila ArahMan7 tanya adakah kerana cinta kenapa dia melakukan begitu, dia menjawap dia hanya mejalankan tanggungjawap sebagai seorang isteri?

Hamba Allah ini tetap tabah walaupun menjadi seorang isteri cuma 20 hari sahaja. Dalam masa 20 hari tersebut, pengalaman yang dia lalui adalah bersamaan pengalaman 20 tahun yang dilalui oleh insan biasa. Berbagai2 yang telah dia lalui untuk dijadikan pedoman hidup dihari muka.

Semuga Sdri Jentayu tetap teguh menghadapi cobaan hidup. Semua masalah boleh diatasi.

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

jentayu... semoga Allah memberikan jentayu kehidupan yang lebih baik.

Untuk saya, saya cuma mampu berharap Allah buka pintu hati suami saya untuk berfikir tentang saya dan anak anaknya.

__________________

Newbie

Status: Offline
Posts: 3
Date:

Salam Iman & lain2,

Sy baru & juga istri penagih dadah heroin. Sy telah bersama suami 15 tahun & punyai 2 anak lelaki. Suami menagih lebih kurang 14 tahun. Sy dapat merasakan apa sdr Iman rasakan. Kesengsaraan, penipuan, diperbodohkan tetapi masih bersabar kerana mengharapkan perubahan atau "miracle" terjadi pada suami. Kadangkala, sy bila iman sy tipis, sy harap dia bertemu kecelakaan atau dengan kematiannya saja yg dapat berhentikan kesengsaraan ni.

Mungkin nanti klau sy tak membosankan semua, akan sy ceritakan apa sebab sy bertahan dengan makluk ni.

__________________

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

azie4060 wrote:

Selamat datang Azie4060 keforum AADK. Semuga dengan kehadiran Azie4060 akan menyemarakkan lagi forum ini.

InsyaAllah, apa yang akan Azie4060 ceritakan tidak akan membosankan kita orang semua. Malah, cerita2 kalian menguatkan lagi azam ArahMan7 untuk terus kekal clean and sober.

Sebagai seorang yang pernah been there done that, tidak ada cerita yang pelik. Kisah hidup seorang penagih dadah mengalahkan cerita Ezora yang kita tonton diTV3 setiap petang hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.30 hingga 7.30 ptg.

Apapun, ArahMan7 percaya setiap kejadian ada hikmah disebaliknya.

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Newbie

Status: Offline
Posts: 3
Date:

Salam ArahMan7 & juga lain2,

T'kasih kerna sudi mendengar rintihan hamba2 sperti sy ni. Sy syukur kerna adanya sdr ArahMan7 yg mungkin dapat memberi tip2 yg perlu kerna sdr been there done that. Sepanjang sy bersama suami, setakat been there but never done that. Dari 0% knowledge, sy pelajari apa benda tu, ketahui pot2 & 'tauke'nya, etc. untuk menyelami & cuba memahami jiwa suami untuk membantunya.

Oleh kerna suntuk masa, nanti sy borak lagi. Sy ingin bertanya jika sesiapa tahu sedikit atau punyai pengalaman di 'Pondok Inabah' atau mana2 institusi keislaman. Mungkin ni final alternatif sy. Beberapa cobaan lepas untuk tepis gian, suami gunakan suboxone (metadon tak pernah try, dia takut jadi lebih teruk). Dia rasa more relak gunakan suboxone. Tapi bagi saya ni semua pun dadah, cuma 'legal' aje. Mungkin di 'Pondok Inabah', dia boleh perkuatkan iman & akal memdalami ugama untuk menentang 'benda/syaitan' ni.

Any komen?

__________________

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:

Memang kita sebagai orang Islam wajib percaya jalan penyelesaian kepada semua yg melanda kita ni hanya lah Islam....kerana punca masalah ialah hati....jadi rawat lah hatinya.....mungkin selama ni kita merawat benda lain...yang bukan penyebab sebenar masalah tu......

__________________

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

AHOK wrote:

 Ya, benar kata En. Ahok. Dulu2 ArahMan7 ingat kalo tak pekena benda tu dua tiga hari atau sebulan, ArahMan7 ingat ArahMan7 dah boleh pulih. ArahMan7 cuma berubat yang diluar aje, lupa nak obat HATI. InsyaAllah, selepas HATI dirawat, ArahMan7 menjadi lebih tenang. (Bukan nak bermegah, the rest as they say is history. Terima kasih pada En Ahok dan Akak yang telah banyak membantu. Lagipun bukan mudah bagi seorang penagih tak pekena benda tu walaupun sehari, ni kan pulak lima tahun dah stay clean and sober.)

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:

Ramai lagi yang ingin dan telah membantu sabahat-sahabat senasib dgn tok man....cuma mungkin kami dan mereka tidak dapat membantu kesemuanya dan kami tidak boleh berada 24 jam bersama2 (kecuali kes tok man dgn akak).....jadi kekuatan diri adalah penting....dan ianya antara lain boleh diperolehi dengan memperbaiki hubungan kita dengan tuhan.....kerana tuhan sahaja yang sentiasa mendengar rintihan kita hambanya.....kita hendaklah sentiasa merendah dan menghina diri kepada tuhan...mengakui kelemahan kita....memohon..merintih supaya diberi kekuatan untuk membebaskan diri dari gejala ini....bukan pada yang telah terlibat aje...orang-orang macam kami dan mereka yang tidak terlibat juga hendaklah sentiasa berbuat demikian....supaya diberi ketabahan untuk membantu....dan diberi perlindungan kepada kami dan keluarga dan semuanya agar tidak terlibat sama......

Mari lah kita kembali kepada tuhan...kita kenal, takut dan cinta kepadanya......insyaallah segala kerosakan yang melanda masyarakat kita sedikit demi sedikit diperbaiki.....

__________________

Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

Terima kasih tuan/puan kerana membuka mata saya tentang dunia ketagihan dadah ini. Saya cuma kenal 2 org kawan yg pernah menagih. Seorang telah berhenti terus dan menjadi pegawai besar manakala seorang lagi, yg juga seorang pusher, hanyut terus. Student universiti ramai yg jadi client pusher tersebut. Itu tahun 1993. Skrg lagi hebat agaknya.

__________________

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

Hola HishamMJ,

Selamat datang ke forum AADK, semuga kehadiran saudara menyemarakkan lagi forum ini.

Ye benar Sdr HishamMJ, dadah tak mengenal rupa. Kalo takde persiapan diri serta sedikit ilmu, sesiapa saja boleh terjebak dalam dunia penagihan. Arakian dia berjawatan tinggi sekali pun!

Apapun, dunia penagihan takde glamernya. Ia penuh dengan kesensaraan - jauhi lah dari dadah!

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 30
Date:

erm... simpati kepada anda... 'hanya jauhari mengenal manikam'

__________________
kcingg

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

vtec_mivec wrote:

erm... simpati kepada anda... 'hanya jauhari mengenal manikam'

Ya benar. Seperti En. Ahok, beliau bukan hanya setakat tinggal simpati aje malah beliau berusaha bersungguh2 mengenal manikam. Fyi, dibawah tangan beliau sudah ramai penagih2 yang sudah pulih dibawah asuhan En. Ahok, termasuk ArahMan7. Terima kasih banyak2 kepada En. Ahok, isteri beliau Akak Ain dan juga pegawai2 AADK peringkat daerah serta negeri yang telah bertungkus lumus mengenal manikam untuk memulihkan penagih2 dadah.

p/s Al-Fatihah untuk arwah En. Hashim (PSP) yang telah pulang kerahmatullah Khamis lepas (Sept 4hb, 2008) semuga roh beliau ditempatkan Allah swt bersama2 roh orang2 yang beriman. Amiin.

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:

Al fatihah.....arwah seorang yang dedikasi dan sabar serta tenang menjalankan tugas semasa hayatnya......dua hari selepas itu (6 Sept 2008) bapanya juga telah pulang ke rahmatullah....

 Al-Fatihah untuk En. Hashim dan juga bapa beliau. Akak cakap ramai yang datang termasuk teman2 sekerjanya dulu (hospital kok tak silap). Maap, ArahMan7 tak dapat hadir. Akak pergi ziarah dengan Van pusat...

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:

Ha'ah...ramai..termasuk geng motornya....

Bab mengenal manikam tu...dah jadi amanah kita bersama, bkn kerana amanah itu dipikul kerana menjawat jawatan pegawai aadk, tetapi amanah sebagai seorang manusia yang perlu membantu insan lain......mcm yg diberitahu dulu, kami tak boleh bantu semua....tak ada masa nak ikut setiap seorang daripada beratus ribu yg ada.....tapi kalo setiap seorang cuba pulihkan seorang penagih...itu dah tak jadi banyak....itu boleh dilakukan....bukan tugas kerajaan sahaja, bukan tugas pegawai aadk atau segelintir yang perihatin....tetapi tanggungjawab segenap lapisan masyarakat.....

Barakallah, semuga En. Ahok serta pegawai2 yang tahu memegang amanah diberkati Allah swt. Lebih2 lagi didalam bulan Ramadan al-Mubarrak ni.

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 30
Date:

walaubagaimana pun terletak pada kekuatan diri dan iman penagih tersebut. walau diletak kan 10 org kaunselor sekali pun, jika penagih itu tiada azam yg tggi, sukar juga.. keluarga juga perlukan main kan peranan.. jgn asyik merayu mintk ps utk anak tersayang yg telah sesat perjalanannya...

 Selamat Hari Raya kepada suma warga kaunselor, penagih2 serta keluarga2 yang ade azam yang mahu mereka suma pulih...

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

kak iman,
sy simpati gan nasib kak iman...apapun kak iman kne kuatkan semangat utk menempuhi segala dugaan yg ada utk ank˛ akak. Sy arap akak didiklah anak akak dgn sebaiknyer agar dia tidak terjerumus ke dlm najis dadah atau gejala sosial yg ada kini. Kepada suami akak..sekiranya dia mmg ign berubah akak perlu berikan sokongan dan dorongan tp sekiranya dia hanya berkata˛ tidak bersungguh dgn apa yg dikatakn..akak cubala dptkan nasihat dr pihak Jabatan Agama Islam. Bukan niat sy ingin meruntuhkan rumahtangga akak tp ini semua utk masa dpn akak dan ank akak.Fikirlah yg terbaik utk akak dan ank akak..mmg byk keperitan yg akak akn lalui dgn sorg penagih. Akak perlu cekal dan tabah...sentiasalah dktkan diri pdNya.Dlu sy cuba mencari pelbagai alternatif atau bantuan dr semua pihak utk memulihkan ex bf sy tp malangnyer segala usaha sy dia tak hargai sepenuhnye. Memang sedih bila memikirkan cinta sy tak kesampaian tp apa kan daya sy terpksa memutuskan hubungan krn dia lebih mementingkan dadahnya dr diri sy. Kerana sygkannya sy mengambil keputusan begini utk menyedarkannya tp dia menganggap sy lah punca dia kembali mengambil dadah krn telah mengecewakannya. Apapun..semua tu dh berlalu sy hanya berhrp agar dia sedar dan kembali ke jln yg betul.

Selamat menyambut 'Aidil Fitri, Jentayu. Mintak byk2 maap zahir dan batin. Almaklum le ArahMan7 ni insan serba kekurangan. Mana2 yg tersalah cakap yg menyinggung hati nurani Jentayu, ampon dipinta dari hujung rambut hingga kehujung kaki.

Salam dari Kuale Kangsor.

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

hi ArahMan7,
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Jentayu ign ucap berbyk terima kasih krn byk memberi nasihat dan dorongan pd jentayu selama ini. Dulu sblm jentayu msk ke ruangan ini, jentayu merasakan tiada siapa dpt membantu jentayu utk mencari jln keluar dr mslh ini..tp setelah mengetahui kisah hidup ArahMan7 serta member˛ yg lain, jentayu rasa ada yg lebih malang dr jentayu. Segala nasihat ArahMan7 serta member yg lain..byk membuka minda dan mata jentayu utk mengambil keputusan yg betul utk diri jentayu. ArahMan7 jgn bimbang tiada sepatah kata pun dr ArahMan7 yg menyinggung jentayu..sebaliknya ia amat berguna utk masa dpn jentayu. W'pun mslh jentayu dh selesai..jentayu akn terus melawati blog ini.Jentayu ign terus berhubung dgn ArahMan7 serta member yg lain. Terima kasih byk˛..aww

-- Edited by jentayu_anneriez at 10:30, 2008-10-14

Syukur alhamdulillah. Sesungguhnya kata2 Jentayu memberi semangat kepada ArahMan7 utk terus stay clean and sober. Bukan suma penagih tak nak pulih dan memang tidak dapat disangkal memang ade keluarga penagih yg asyik mintak PS setelag kaum kerabat mereka ditangkap. InsyaAllah, dgn adenya ramai warga kerja AADK yg mempunyai azam yg tinggi, ramai lagi penagih dapat dipulihkan.

Terima kasih byk2 sekali lagi ArahMan7 ucapkan.

p/s kembang rasanya hati ini. Cuaca harini sungguh indah sekali...

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

salam jentayu..

nampaknya cerita kita lebih kurang sama.. kawan saya adalah seorang penagih "educated"..bekerja di "international school' tetapi menghabiskan wang ringgit ke arah itu..

terlalu pandai mengambil hati sehingga kadang2 kita lupa keadaannya yang sebenar..kadang2 pelik juga kita seolah2 bodoh..walupun mengetahui siapa dia sebenarnya..tetapi atas dasar sayang dan harapan..kita membantu memberi sokongan walhal kadang2 kite telah diambil kesempatan..

semuanya berbalik kepada ajaran agama..kalu pincang, maka pincanglah..itulah yang cuba saya terapkan..kasih sayang yang melimpah ruah pun tetapi lupa kepada Penciptanya..pun tak ada gunanya..

apa yang termampu sekarang adalah doa..doa tanpa henti..semoga mak, abah dan anak2nya sentiasa memberi sokongan..sebagai kawan yang paling rapat..saya sentiasa mendoakan kesejahteraannya..

jentayu..
kite juga perlu kuat..walaupun kenangan bersama sukar dillupakn..tetapi melupakan mungkin satu penyelesaian bagi kita..kita bukan hendak menginggalkannya tetapi kita hampir putus harapan..kerana perubahan itu bermula dari diri dia..kite hanyalah membantu..jika itu tiada dalam dirinya, maka tiada gunalah bantuan..

__________________

Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

Salam semua,

Lama sudah saya tidak menjengah ke forum ini dan berkongsi cerita bersama ahli˛ yang lain.

Untuk pengetahuan semua, exbf saya kembali tahun lepas. Dia mencari saya setelah hilang hampir 2 tahun. Ia agak mengejutkan saya kerana tiba˛ mendapat pangilan darinya. Saya berjumpa dengannya dan amat mengejutkan saya perubahan besar pada dirinya. Dia tidak kurus dan kusut spt dulu sebaliknya dia kelihatan berisi, muka nampak bersih dan kelihatan sihat.

Dia menceritakan kepada saya, usahanya untuk membersihkan diri dari najis dadah. Dia membawa diri ke Johor, jauh dr keluarga dan kenalannya. Setiap hari dia berpandukan kata˛ saya iaitu " Boleh berjumpa saya apabila telah bersih sepenuhnya dari dadah". Kata˛ itu ibarat kata semangat kepadanya. Setiap hari dia sibukkan diri dengan bekerja di sebuah kilang elektronik dan mengambil kursus di IKM. Ibunya menangis melihat perubahan yang anaknya itu dan bangga apabila anaknya menerima sijil dari IKM.

Saya benar˛ tidak menyangka perubahan yang dia lakukan hanya kerana cintanya pada saya. Malangnya cinta itu tidak dapat saya balas kerana saya telah pun bertunang.  Dia agak kecewa krn saya dengan org lain.

Keluarganya ada hubungi saya dan memarahi saya kerana menganggap saya memberi harapan kpd dia. Saya jelaskan kedudukan perkara sbnr pada keluarganya, tiada niat di hati untuk mainkan perasaan dia. Sebaliknya saya amat bersyukur dia telah bersih dari dadah. Sebelum bertemunya kembali saya telah menerangkan status saya sebagai tunangan org tp dia ingin bertemu dgn saya untuk buktikan yang dia telah berubah.

Memang sedih apabila tiada ucapan terima kasih yang diterima sebaliknya tuduhan yang pedih belaka. Kini dia membawa diri untuk ubati kecewa cintanya tidak dibalas tetapi dia berjanji tidak lagi terjebak gan dadah.

Saya harap dia benar˛ berubah dan bersih dari dadah.

__________________
«First  <  1 2 | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us

Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard