Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: RELAPS PREVENTION


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:
RELAPS PREVENTION


Kami bekas penagih dadah amat memerlukan sokong bantu dari masyarakat sekeliling. Kami tahu yang kami telah mengeciwakan semua orang selama ini tapi berilah kami peluang untuk membuktikan yang kami sekarang ini telah benar benar insaf.


Saya kini telah dianggap seperti tidak wujud lagi dalam keluarga. Saya tidak menyalahkan mereka kerana selama lebih 20 tahun mereka telah keciwa dengan keadaan saya.


Saya mencadangkan supaya di wujudkan satu jaringan diantara bekas bekas penagih di Malaysia supaya dapat membantu  kami dalam berhubung antara satu sama lain.


Sila beri pandangan anda samada setuju atau tidak.



-- Edited by leqir at 14:45, 2006-06-22

__________________
lqr


Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:

saya harap awak akn sbr n jgn pts asa..saya setuju ngan cadangan awak 2....nsihat saya sbgai kwn awk,jgn kerana kslhn awak yg lalu n krgnya penerimaan keluarga awk,awk akn mngambil dadah smule...hidup msti dtruskan....buang yg keruh ambil yg jernih.....awak kne blajar berpijak dbumi yg nyata,da mmg lumrah manusia krn 1 kslhn yg kte lakukan mrk akn mengungkit sedikit kslhn yg lain tetapi akn melupai seribu kesalahan yg lain........berbanyakkanlah beramal n sujud kpd ilahi..mg Allah akn mmbantu leqir dlm mengharungi khdpn hari2...


 


                HIDUP MESTI DITERUSKAN...............



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:

relaps tue menda??

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

leqir wrote:

Kami bekas penagih dadah amat memerlukan sokong bantu dari masyarakat sekeliling. Kami tahu yang kami telah mengeciwakan semua orang selama ini tapi berilah kami peluang untuk membuktikan yang kami sekarang ini telah benar benar insaf.


Saya kini telah dianggap seperti tidak wujud lagi dalam keluarga. Saya tidak menyalahkan mereka kerana selama lebih 20 tahun mereka telah keciwa dengan keadaan saya.


Saya mencadangkan supaya di wujudkan satu jaringan diantara bekas bekas penagih di Malaysia supaya dapat membantu  kami dalam berhubung antara satu sama lain.


Sila beri pandangan anda samada setuju atau tidak.



-- Edited by leqir at 14:45, 2006-06-22




setuju!! hehe..

dan memang dah mula diperhebatkan usahanya pun..

sekarang, kita dah ada PKAADK.. iaitu pusat khidmat aadk yang ada sekarang kat sungai besi tuh.. pi lar tengok situ.. mereka pun aktif buat aktiviti turun padang sekarang nih.. ramai pulak bekas2 penagih yang join situ..

PRS pun aktif kat situ.. jenguk2 lah yea..

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

emilyrose wrote:

relaps tue menda??



relaps tuh maksudnya 'menagih semula'.. gitu

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:

oooo....baru ku tau apa itu relaps. tq gengPS

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

Assalamualakum....


Bukan senang nk senang... Bukan senang nk kaya...Bukan senang nak jadi orang... Bukan senang nak jadi baik... Bukan senang nak dapatkan kepercayaan orang balik... Itulah yang aku hadapi sekarang ini, walaupun yang dipanggil adik beradik, mereka menutup mata didalam celik. bersembang sambil mengherdik...!!!


Wahai kawan2 ku yg menerima nasib yg seperti ku, memang sewajarnya kita diperlakukan sebegitu. Dulu tanpa sedar kita yg meminta jadi sekarang walau tak rela dan terpaksa kita harus menerima. Ini bukanlah nasib badan tapi adalah balasan. Sabarlah wahai kawan2 ianya akan kembali pulih perlahan-lahan.


Terima kaseh capricon girl atas nasihat yg you berikan. Walaupun kita tak mengenali antara satu sama lain tapi saya cukup menghargai n menyanjung tinggi cara you yg masih prihatin kepada orang2 yg semacam saya ini. Alhamdulillah raya baru ni my family ada sikit perubahan.


Ok lah saya dah tak boleh lama ni cz kedai dah nk tutup. Kita jumpa lagi next time.


 


 bye bye semua yg sudi meluangkan masa.. WASSALAM



__________________
lqr


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

saya cadangkan jangan panggil lagi BEKAS PENAGIH pada kawan kita yang telah sembuh dari penagihan..panggil aje kawan kita atau namanya..kenapa ada bekas lagi..sebab ini memberi kesan sepanjang hayat mereka..mereka sudah tak menagih lagi..kenapa nak panggil bekas...ini mengingatkan mereka pada kisah lampau dan mengketogerikan mereka..sedangkan mereka dah tak menagih lagi...anggap mereka seperti sakit jantung..bila dah sembuh...sihat lah...sakit jantung apa lagi..


Cadangan aje..kesian mereka dichopkan seumur hidup...macamana mereka nak hadapi masyarakat jika kita tetap menganggap mereka masih menagih walaupun dah tak menagih...eksh..eksh..eksh..



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

Ya terima kasih Peli.. apa yang awak cadangkan itu memanglah saya sokong. Biar pun bagi diri saya sendiri panggilan yang sebegitu tidak memberikan sebarang masalah tapi bagi sesetengah orang ianya adalah amat sensitiv sekali.


Kali ini saya ingin berkongsi sedikit dengan semua yang singgah di sini terutamanya kepada rakan2 yang sejalan dengan saya. Tahukah kita bahawa sekarang Allah telahpun memberi peluang pada kita dengan mendatangkan  ilham kepada dunia perubatan untuk menghasilkan ubat Subbutex khas untuk kegunaan penagih2 yang ingin kembali kepangkal jalan semula. Marilah kita sama2 memanafaatkan


 dengan sebaik2nya ubat ini jangan lah sekali2 untuk menyalahgunakannya pula. Buat masa sekarang bekalannya dengan mudah dapat kita perolehi dari klinik2 yg diberi kebenaran untuk menjualnya kepada kita. Maka dengan ini saya menyerulah sangat2 agar jangan disalahgunakan kerana takut ianya juga akan diberhentikan pula pengeluarannya oleh pihak yang berkuasa.Janganlah kita sia2kan dengan peluang yang diberikan ini.


Sekiranya ada pembaca yang terdiri daripada kakitangan AADK pula, saya menyeru supaya dapat memantau penjualan Subbutex ini kerana apa saya dapati bahawa harganya telah meningkat dengan begitu cepat sekali. Saya takut ada pihak yang menangguk diair yang keruh. Tolong kepada kami yang memerlukannya. Sekarang ini  harganya ialah RM38.00 berbanding masa baru2 diperkenalakan pada tahun 2003 dahulu baru RM26.00.


Sampai berjumpa lagi dilain kali.


DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA JALAN



__________________
lqr


Newbie

Status: Offline
Posts: 2
Date:

Aku setuju perkataan bekas penagih ini dilupuskan. Ia menyakitkan hati walaupun aku tak pernah rasa benda-benda ni. Dengar pembaca berita tv sebut bekas penagih memang aku kecewa sgt. Aku sgt-sgt simpati bukan saja pada yg dah berenti, tapi yg masih menagih pun aku simpati. Aku tau penagih bukan jahat, mereka hanya sakit, bila sakit dan kalau tak ada duit jadilah perbuatan buruk yg lain. Kadang-kadang aku nak tereyak bila tengok mamat mana-mana yg aku syak penagih. Kalau aku banyak duit aku nak buka pusat rawatan sendiri. Tolong depa.

Aku kurang paham Subutex ini. Bukan ka dlm Metro berapa hari lepas kata ia  membahayakan. Kalau Subutex itu cara utk berenti, berapa lama ia patut diambil, sampai bila dan sebiji patut digunakan untuk berapa hari. Harap kepada yg paham tolong crita. Aku nak tau.

Kepada semua yang telah berjaya meninggalkannya.. solat dan baca quran selalu.. biarpun sebaris ayat sehari.. InsyAllah. Moga Allah lindungi.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard