Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: dadah untuk semua..............


Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:
dadah untuk semua..............


ha korang jagan terkejut plak aku bukan jual dadah, cuma pandangan aku dadah zaman skrang ni makin hangat dan tak pernah sejuk. tambah lagi tercipta pelbgai revolusi dadah macam ecstacy turrr. terus meletup. so kalau kita tak stop semua ni cuba bayangkan tahun 2020 nanti semua remaja ada sijil tentang dadah sebab dok praktikal sendiri skrang. so hentikannnn aku dah bosan tgk orang melayu graduate di pusat serenti.........

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:

nak wat camner wettok kalu org melayu tue sendri yg tak nak ubah....asik nak ikut org jer. org mkn dadah dia pon nak....tak paham tul org melayu nie!!

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:

say baru jumpa adik angkat saya baru ni. perempuan. dulu badan berisi. kira montok la. sekarang dah kurus kering la. angkara ice. dapat bf tokan (pengedar) ice..so hancur la.

ice sekarang merbahaya sangat. dulu ganja dan bijik jer. sekarang bila dah mula layan ice memang rosak la.

sian anak bangsa.

__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 2
Date:

Salam.

Sedih, ramainya penagih adalah Melayu dan Islam.
Apa nak jadi dengan umat ini?

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua.

Saya tertarik dengan komen-komen yang mengeluh tentang "orang Melayu & penglibatan dengan dadah". Saya adalah bekas penghuni PG Gambang R/N 05, dan kalau dicampur, telah terlibat dengan penagihan/penyalah gunaan selama 15 tahun (tidak secara berterusan).

Seperti mana yang lain, tentunya akan berasa kesal & menyesal dengan pengalaman-pengalaman pahit yang dilalui. Tapi yang lebih memeritkan ialah bila mengenangkan "orang-orang yang tidak bersalah", iaitu keluarga terdekat, yang telah turut merasai berbagai yang negatif kerana perbuatan kita. Ini adalah suatu aspek penagihan yang tidak begitu nampak, kerana umum yang mencemuh penagih itu turut berasa bahawa "penagih ini tidak fikirkan langsung orang-orang terdekat". Walaupun nampak "macam betul" dari pandangan kasar, ini adalah fahaman yang tidak tepat sebenarnya.

Namun, apa yang saya ingin sebutkan di sini ialah: "Apakah hikmah disebalik berlakunya peristiwa sedih dalam kehidupan ini?" Apabila sesuatu itu telah berlaku, jika terkeluar airmata darah sekalipun, ianya tidak lagi dapat ditukarkan kembali. Jadi, bagi-bagi yang terlibat, apa yang terbaik ialah untuk mencari dengan jujur apa-apa kebaikan yang boleh dikeluarkan dari pengalaman pahit ini.

Dalam hal begini, mereka-mereka seperti saya, ArahMan7 dan yang saya kurang kenal lagi di sini (tapi mungkin agak aktif) dapat memberi pandangan dan perspectif uang mungkin tidak terdapat pada orang-orang yang tidak melalui dan memijak sendiri duri, ranjau dan hilalang sepanjang jalan penagihan. Sekurang-kurangnya, perspektif-perspektif ini dapat diguanakan oleh pegawai2 AADK dan yang lain untuk lebih memahami... kerana AADK adalah `frontliners' dalam usaha menghadapi masalah dadah ini.

Apabila tuan-puan mengeluh tentang "ramainya Melayu, Islam" yang terlibat, adalah diharapkan akan timbul persoalan "mengapa?", "adakah bangsa lain sebegini jugak?", "jika tidak sebegini, mengapa hanya Melayu?". Saya sendiri tidak tahu secara tepat. Namun, ada beberapa perkara yang saya dapati agak menonjol... cuma kita nampaknya tidak begitu berani untuk terus `explore'. Adakah takut untuk jumpa jawapannya?

1) Adakah benar ratio melayu *jauh* lebih ramai dari bangsa lain? Jika benar sekali pun, ada beberapa perkara yang perlu juga diambil kira. Contohnya: a) Penguatkuasaan oleh pegawai2 (polis, aadk) adalah lebih rapi dikalangan penagih melayu. Mungkin ramai bangsa lain tidak dikesan kerana kurang pegawai atau maklumat kegiatan mereka(?)

2) Bangsa lain - kebanyakannya tidak mempunyai stigma terhadap arak. Jadi, mereka menggunakan arak sebagai dadah (dan hakikatnya, mereka adalah `penagih  dadah' jugak, kerana arak adalah "substance". Adalah bangsa lain ini boleh dikatakan "gagah dan kental" jika mereka turut menggunakan bahan (substance)?

Manakala melayu pula - kalau guna arak, akan dicemuh oleh masyarakat setempat. dadah juga dicemuh, tapi `penerimaan' dan `tahap cemuhan' ini sebenarnya tidak sama dengan jika menggunakan arak.

Jadi, adakah orang melayu perlu digalakkan menggunakan arak dan tidaknya dadah?? Jawapannya, tentulah - "Tidak untuk kedua-duanya". memang betul. Tapi, tak jadi begini secara reality, kan?

3) Orang melayu = Islam, yang sepatutnya menahan seseorang dari melakukan perbuatan2 sebegini. Bila berlaku jugak, adakah "islam bersalah"... "islam tidak sesuai, tidak lengkap"?? Tentunya tidaj. Jadi, jelas bahawa "Orang melayu tidak mengikut ajaran Islam". Mengapa tidak ikut?

a) Tidak dapat penerapan Islam yang mendalam... dan ini bukan boleh diselesaikan dengan "tambahkan waktu matapelajaran agama islam disekolah" (style "knee-jerk" ahli politik Umno/PAS/PKR dalam hadapi masalah).

Pada pendapat saya, di sini pokoknya: Cara ajaran dan asuhan di kalangan melayu mungkin kurang berkesan - "form" dipentingkan dari "substance".... "keagamaan" dipentingkan dari yang sepatutnya "SPIRITUALITY"... KEROHANIAH.

[Mengikut maklumat yang saya terima, Forum AADK ini akan mendapat sedikit perhatian dalam beberapa hari lagi]



__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

saudara...

bg saya soal dadah dan melayu cuma berkait di Malaysia....di negara lain bangsa2 lain terlibat juga...

tp bg saya dadah dan Islam.....kita sebgai Islam punyai Alquran...sbgai petunjuk....
punya rukun Iman....Iman la yg menghalang kita dari melakukan benda2 yg sia2....

apa yg jd....semuanya ada hikmahnya.....tp kesan pada org sekeliling hanya mereka saja yg tahu....apa pun.....kepulihan bebas dadah mampu mengubat luka dan kekecewaan....

__________________
khadeja ayesha
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard