As you are aware, there's alot of publicity on the proposed needle exchange project by MoH. I'm curious why the MoH didn't release their justification on how the project could help drug users and the possible outcomes the pilot project could achieve.
Actually I don't really 'care' about all this drugs thinging. But can u please send me more information about it cuz as a teenager I think I should know about it.
Secara peribadi saya membantah!! kerana ianya ibarat menggalakkan lagi penagihan najis dadah. Diumpamakan.... sebuah rumah yang sengaja dibiarkan terbuka dan seisi rumah sengaja meninggalkan rumah berkenaan. Bodohlah si pencuri, jika tidak masuk mencuri.
Saya mengandaikan watak si pencuri adalah si penagih, dan rumah yang ternganga dan terbuka pula ibarat jarum dan kondom free spt yang diwar-warkan olh MOH. Ini hanya memberi peluang kepada penagih utk terus menagih kerana mereka menyangka aktiviti tidak sihat mereka ini, telah mendapat sokongan padu dari krjn dan menjadi tulang belakang kepada mereka. Bukankah ini akan membinasa dan memusnahkan mereka?? Apakah tujuan dan motif krjn sebenarnya? Untuk mengurangkan jumlah pesakit HIV/AIDS?? Atau kerajaan sudah putus asa dan lepas tangan dan mahu melihat semua penagih tegar yang ada musnah dengan lebih cepat??
Maaf kalau bicara saya menyentuh mana2 pihak.. ini sekadar pendapat dan cadangan 2 sen dari saya, rakyat Malaysia yang juga punya hak untuk bersuara....dan andaikata perancangan dari MOH ini diimplimentasikan... maka cukai yang selama ini saya dan tuan2 bayar turut digunakan di dalam anggaran kasar yang dikeluarkan olh MOH iaitu sebanyak RM1.2 juta...
Needle exchange telah lama praktis di negara asing, bila saya belajar di UK 12 tahun dulu pun dah ada program ini.
Mengikut pandangan saya bukan kita nak galakkan dia orang jadi drug addict dengan ada program ini, Kalau macam ni, kenapa kita halalkan penjualan gula di merata sedangkan kita tahu yang gula itu yang menyebabkan rakyat kita jadi obes dan berpenyakit kencing manis??
Betul saya rasa tujuan utama program penukaran jarum untuk mengatasi AIDs dan hepatitis. Saya pernah baca yang kemungkinan penyakit berjangkit itu dihadapi seseorang drug addict apabila dia menggunakan jarum yang sama lebih dari 4 kali. Dan untuk drug addict, bukan saja dia inject sendiri malah dia share lagi dengan kawan yang mungkin berjangkitan AIDs atau hepatitis, dan balik dia pass ka isteri dia .....saya pikir wang tax saya kalau dibelanjakan untuk mengelakkan saya dapat AIDs bila saya berjalan di jalan raya kuala lumpur pun bersyukur dah.... kalau tak de program ini mungkin setiap 1000 orang yang kita jumpa ada 10 yang ada AIDs pada masa depan, tak takut ke?? Baik buat pencegahan sebelum kena....