Hari ini genap 3hari saya bercerai dengan suami saya. Dia penagih dadah jenis ice/syabu. Kami berkahwin atas dasar cinta,saya hanya tahu dia penagih bila kami bertunang,dan saat itu lah titik permulaan dugaan Allah dalam hidup saya. Minggu pertama perkahwinan saya telah di tinggal2 kan. Pada mulanya saya tak biasa, berendam air mata ber baldi2... saya kuat kan semangat untuk bantu dia sebab saya sangat2 cintakan dia lebih dari diri saya sendiri... saya hantar dia ke pusat pemulihan persendirian, 3minggu lari... hantar ke hospital,dengan perut boyot.. 3 minggu, sebulan je elok. Lepas tu kami sekeluarga jadi mangsa penipuan dia. Nasib baik dia anak orang senang, kebajikan saya bapa dia jaga. Dalam pantang dia mengamuk kat rumah mak saya,anak nangis dia kapak hp saya. Tp lama-kelamaan... dah banyak sangat pe'el dia,saya xda air mata lagi untuk menagis, kami kejap baik, kejap ok. saya pun keliru dengan perasaan saya... kejadian cerai sebab dia pening tak ada duit dalam tangan,duit yang bapak dia bagi dah digunakaan ke tempat "lain". Baru 3bulan kami berpindah duduk menyewa,alasanya dia nak hidup berdikari,hakikatnya bapa dia yang menaggung kami anak beranak. Sya pernah ajak dia pergi kaunserling di pejabat agama,tapi 3kali saya pergi sorg,last skali dapat mintak fasakh tapi hati saya masih nak usaha kerana sayangkan dia... tapi sampai sekarang dia cuma dok rumah tgk tv,hantar anak kat rumah orang jaga,pastu balik rumah balik tgk tv. Ada company construction,bapak dia handle,sbb dah beribu duit habis bawah jagaan dia,jd duit bapak dia pegang dan bagi bulan2. begitulah kehidupan saya dgn dia... dia seorang yang baran... perkataan bodoh sentiasa di mulut.. kadang2 je baik... tapi masalah nye saya macam takut kehilangan... walaupun dia setan , saya pernah berfikiran saya nak tanggung hidup dia walaupunn dia tak bekerja... bila fikirkan balik, buat jadi apa bodoh... sekarang talak yang saya mintak dulu dah di bagi tanpa diminta... saya nak rujuk tapi keluarga suruh saya fikir balik, sebab dah banyak benda dia buat... saya kesian dengan anak kami.. dia xbiasa kalau salah seorang dari kami xada... saya bingung!!!!!!!!!! apa pendapat ada???? kembali atau mulakan hidup baru yang amat takut untuk saya lalui... saya takut pada ketidak biasaan... tanpa dia... apa yang harus saya lakukan??
salam sejahtera anda perlu kuatkan semangat dan menetapkan pendirian. saya percaya anda ada pekerjaan dan mampu menyara diri dan anak. lagi satu kebaikan 'bekas' mertua anda juga sangat membantu keadaan. anda juga saya percaya masih muda dan perlu menentukan hala tuju kehidupan sebelum terlamat. hidup berpasangan dengan 'bekas' penagih dadah yang telah pulih pun masih banyak masalahnya inikan pula dengan 'penagih' - terlanjur anda sudah dilepaskannya, sebelum fikirannya berubah - anggaplah anda telah usahakan semuanya tetapi tidak berjaya dan anda perlu pilih dan tentukan jalan baru agar perkara yang sama tidak berulang lagi.
jangan bersedih... dekatkan diri pada Allah. sentiasa mohon ketenangan. InsyaAllah.
Saya juga sedang berjauhan dari suami... dia sedang menerima rawatan secara Islam.. saya sentiasa berdoa semoga dia dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Alhamdulillah dia secara sukarela ingin berubah. Saya juga perlu berubah dan memberi dia sokongan. Mama Shahmi harus ingat, sbagai seorang Islam, Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita.. InsyaAllah ada yang lebih baik menunggu
Pasal nak rujuk balik tu.. fikirlah dahulu.. buat sembahyang istiharah... minta petunjuk.. saya cuma takut Puan akan menerima keadaan yang lebih teruk... kecuali suami puan benar benar pulih... Puan tentu tak nak anak puan membesar dalam keadaan yang tidak normal.