Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: suami penagih dadah


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:
suami penagih dadah


assalamualaikum
tak tahu dari mana nak mula.terasa amat berat penanggungan ni.terasa berat hakikat yang terpaksa diterima.suami saya penagih dadah!entahlah,saya tak tahu lagi apa harus saya buat.4 tahu lebih perkahwinan kami,saya hanya tahu dia penagih dadah masa saya mengandungkan anak pertama saya,masa tu kandungan saya 8 bulan.betapa saya tak sangka,suami saya penagih dadah.saya ingatkan,dia telah berhenti menagih selepas saya melahirkan anak kami,tapi saya silap sama sekali.dia tak pernah berhenti.kemudian,dia telah bertukar ke cawangan lain di kl,saya sangkakan dia akan berubah,berhenti menagih,rupa-rupanya makin kuat penagihan dia.saya tak tahu apa nak buat lagi.pernah dia berhenti lebih kurang 8 bulan,tapi bulan puasa tahun 2007 dia menagih kembali.saya beberapa kali minta cerai dari dia,tapi dia kata tak akan ceraikan saya.saya tak sanggup lagi hidup bersama dia.keluarga saya tak tahu dia penagih dadah.keluarga dia sendiri pula,tak peduli langsung dia hisap dadah.saya nak buat cerai fasakh,tapi saya tak tahu prosedur.bulan 6 2008,dia berhenti sekejap,bulan 9 2008,dia menagih lagi hingga kini.saya buntu,tak tahu nak buat macamana.saya sarankan dia pergi berubat,tapi dia tak nak dengan alasan malu.duit gajinya sebahagian besar dihabiskan untuk dadah.kini,perbelanjaan suami,anak.rumahtangga,saya yang tanggung.selalu saya minta agar berlaku sesuatu pada dia.saya tak lagi mendoakan kesejahteraan dia jika dia kemana-mana,saya hanya mendoakan kecelakaannya agar saya dapat bebas dari dia.dua tiga hari lepas,dia sekali lagi berjanji dengan saya bahawa dia akan terus berhenti.tapi,saya langsung tak percaya janji dia lagi.apa harus saya buat?perlukah saya cerai fasakh?bagaimana caranya?atau bagaimana saya boleh menolong dia hentikan ketagihannya?dia kata saya tak memberi sokongan pada dia,walhal,saya sentiasa menyokongnya agar dia terus berhenti.apa lagi yang perlu saya lakukan?perasaan cinta di hati saya untuk dia memang sudah lama pudar.bantulah saya untuk keluar dari kemelut ini.saya pernah disepak terjang,ditumbuk dimuka,hingga berdarah,bengkak,lebam,kerana saya menjumpai 'dapur dadahnya'.hmm

__________________
leeza


Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

salam puan leeza

pertama sekali pun kene kenal pasti apakah yg puan mahu dlm hidup.kebahagiaan?kebahagian seperti mana yg puan ingin kan? mempunyai teman hidup bermakna kita mempunyai seseorg utk melengkapi diri kita yg serba kekurangan...dan begitu la sebaliknye.....tetapi bagaimana org yg kita sayangi tidak mampu melekapi diri kita sebagai isteri sebaliknya menjadi ancaman kepada diri, anak2 dan kebahagian yg kita impikan sebagai isteri dan wanita.

kita sebagai insan yg serba lemah sentiasa di uji....tetapi ada segelintir wanita di uji utk menjadi pemimpin utk memimpin lelaki yg bernama suami utk kembali ke landasan asal sebagai insan bernama manusia...tetapi adakah puan termasuk dlm kategori wanita seperti ini.

utk teruskan perkahwinan dgn seorg penagih dadah, puan perlu kenali kekuatan diri.adakah puan mampu memotivasikan diri utk memimpin, memberi khidmat tanpa mengharapkan balasan?mampu mendidik anak2 sekali gus memimpin suami yg tidak mampu mengenal erti mengapa Allah jadikan manusia di muka bumi ini?mampukah puan jalankan tanggungjawab ini tanpa mengenal batas waktu?samaada suami akan pulih esok, lusa, setahun, 2 thn atau 15 thn kemudian?

jika puan tidak mampu..ambil la tindakan sepatutnye...setiap manusia ada hak yg Allah tetapkan.hak sebgai manusia, hak sebgai isteri...dan yg penting hak kita terhadap diri dan anak2.....mampukah puan biarkan anak2 hidup dibawah pimpinan lelaki yg tidak tahu apa t/jawabnya?

dlm Islam mmg talak itu letaknye di tangan suami....ttp pada suami yg bert/jwb...pemberi nafkah, penyedia makan minum dan tempat tinggal.....
namun begitu isteri juga mempunyai hak utk menamatkan perkahwinan jika hak2 trsebut di abaikan.....

baca tidak taklik semasa akad nikah.....?adakah ia termasuk menyakiti tubuh badan isteri?isteri bukan lembu utk di pukul.apatah lagi isteri yg sanggup berkorban dari segi wang ringgit, masa dan emosi......

hak2 wanita inilah yg Allah sediakan utk menjaga kebajikan wanita.....dan puan berhak menikmati kebahagian dgn org yg bernama suami.....islam itu adil

jika nafkah di abaikan dgn sengaja, di pukul dan di tinggalkan.....mudarat namanye.....perkahwinan yg memudaratkan tidak harus di teruskan......kita sebagai makhluk Allah harus memngetahui setiap perkara itu ibadah.....

jika puan di pukul, puan harus pergi kehospital kerajaan, utk di diagnose w/pun kecederaan itu lebam2 shja...kerana suami tidak berhak mencederakan isteri...jika hendak mengajar isteri memukul bukan caranye.....terdapat batasan dlm islam utk suami mengajar istri...ttp bukan mencederakan.....

kemudian puan bole buat laporan polis.....setiap laporan akan di beri perhatian.....laporan polis dan medical report penting sbgai bukti di mahkamah jika puan ingin melepaskan diri dr perkahwinan......secara fasakh

tidak dpt dinafikan Allah sdg menguji suami puan...ttp adakah suami puan benar2 ingin pulih?mmg itu la yg diimpikan org semua penagih....tiada seorg penagih yg ingin jadi penagih selamanya....mereka juga ade impian utk hidup bahagia di samping keluarga....ttp adakah mereka berhak  utk memukul kita?adakah mereka berhak mempunyai isteri dan anak2 tanpa menjalankan t/jwb?

fikir2 la dan bertindak setelah puan menganalisis kekuatan dan kelemahan puan

__________________
khadeja ayesha


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

salam.. sy juga mengalami masalah yg sama suami sy penagih dadah. suami sy mengambil methadone untuk berhenti menagih dadah. satu btol RM150 untuk 7-8 hari. sy x dpt beri 100% kepercayaan suami sy x ambil ddah. sy buntu bagaimana nak pastikan die mmg 100% berhenti ambil ddh. pegi n blik keje mmg sy hntr n ambil tp sy msh tdk yakin suami sy dh berhenti. acap kali bergaduh krna skap tdk percaya sy terhadap dia .tp ada beberapa kelakuan dia yg mmbtkn sy musykil sbgai cntoh dduk dlm blik air lama n byi lighter berkali2 di dlm toilet, suhu bdn yg sentiasa tnggi dan sikap yg kdg2 bkn diri dia. sy x pnah d cederakan oleh suami sy n die seorg yg penyayang n sy sygkn hubungan kami. bagaimana cara sy nk pastikan suami sy mmg dh berhenti mengambil ddah...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard