AADK di zon utara sila respon...kalo boleh bagi penekanan aktiviti pemulihan atau pencegahan di daerah sebab nampaknya zon selatan bagi semua aktiviti di pusat je....terhad sikit ler kalo orang luor nak join...
Kalo nak tunggu AADK jawap thread ni, jangan nak mimpi disiang hari lah! Boleh jadi penunggu dibuatnya. Kekadang naik pelik juga, aktiviti kiri kanan, atas bawah semua ada. Gempur sini, gempur sana tapi forum dalam rumah terbiar!@#$%^&*?
__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.
Memang aktiviti yang diberi sekadar yang agak havoc sahaja kerana sekiranya disenaraikan sepenuhnya semua aktiviti yang dijalankan oleh AADK di zon selatan,rasanya mahu tak cukup satu page ni kalau disenaraikan kesemuanya.Sila rujuk laman web www.adknj.gov.my bagi senarai aktiviti penuh yang dijalankan oleh AADK di zon selatan.
Salams... Beberapa pemberitahuan tentang aktiviti AADK di zon selatan:
1. Pertandingan Futsal Terbuka Anjuran Pusat Serenti Tampoi,AADK Negeri Johor Dan Belia telah ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditentukan kerana tarikh pertandingan futsal ini terlalu dekat tarikhnya dengan Pertandingan Sepak Takraw Antara Pusat-Pusat Serenti Peringkat Zon Selatan.
2. Keputusan Pertandingan Kugiran Antara Pusat-Pusat Serenti Peringkat Zon Selatan Di Pusat Serenti Tampin,Melaka pada 23hb.Mei 2007.
Pertama : Pusat Serenti Dengkil,Selangor. Kedua : Pusat Serenti Jelebu,Negeri Sembilan. Ketiga : Pusat Serenti Muar,Johor.
Salam perkenalan buat semua. Saya memang berminat dalam usaha membanteras dadah. Tapi sekarang ini terpaksa guna cara lain. Saya sangat benci kepada penagih yang pandai wayang, minta payung dsb
Salamsss... Jangan saudara Ketuwhat membenci para penagih.Mereka juga manusia seperti kita,cuma bezanya mereka melakukan kesilapan dalam hidup mereka.Membenci mereka bukan 1 jalan penyelesaian yang baik.Menjadi tanggungjawab kita membantu mereka kembali ke pangkal jalan.
Tapi perasaan ketuwhat tu normal......cuba abg putera byangkan, mereka ni terutama yg hardcore dah lama hilang fungsi sosial mereka....mereka dikenali kerana sifat2 negatif mereka....jadi kalo dema masuk pusat dan keluar balik tak sampai 2 tahun adakah mereka nak jangka penerimaan terus dari semua masyarakat.....terpulang pada mereka utk mengubah sikap dan penampilan, pembawakan utk diterima semua oleh masyarakat sedikit demi sedikit......itu dari diri mereka....kita sebagai masyarakat pun kena ada kesedaran dan tanggungjawab bersama untuk selesaikan masalah ini, dengan peranan masing2.....ini idak....kalo tak kena anak sendiri tak mau ambik pot....lantak ler bukan masalah aku...ni kerja AADK, kerja kerajaan.....tapi bila kerajaan gagal, aadk gagal mula ler bising...orang itu salah, pihak ini salah, kerajaan salah, aadk tak buat kerja...tapi adakah mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka...dalam keluarga....di sekolah, dalam masyarakat...ditempat kerja.....kerajaan dan aadk hanya terima produk yg telah rosak dari kegagalan sistem yang lain.......jadi memang ler berat tanggungjawabnya......kita kena fikir byk perkara....masalah ni berubah2 sifatnya....dunia dah lain...kalo zaman dulu, nak tau perkataan dadah ni...mungkin dah umor 30 puluhan baru tau...zaman teman sekolah menengah baru tau...tapi zaman adik2 kita ni....tahun 2 - 3 dah tau pasal dadah...banyak sumber yang ada..... kita bersama-sama ler memainkan peranan....usah ler menyalahkan orang lain...ini idak...udah jadi macam sub budaya penagih jer...orang lain jer tak betul......ayaaaa...banyakkk susahhhh laaaa....
Kekadang seronok juga dengar cerita2 pasal penagih ni. Ada yang benci, ada yang meluat dsbnya. Apapun bagi Tok Man, penagih kena ada perubahan. Kalu dah bertahun2 menagih jangan expect orang boleh terima kita dengan sekelip mata saja. Dalam NA kita orang cakap, "recovery is a progression, not a destination."
__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.
Salamsss... Betul juga cakap Ah Hok tu.Tapi kita tak boleh putus asa.Kalau kita sebagai warga AADK pun dah putus asa sekarang,macamana kita nak selesaikan masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah di negara kita sekarang ini.Bagi saya idea-idea dan tindakan-tindakan baru perlu dilakukan segera.Sebenarnya masalah penagihan semula ini boleh dikurangkan malah boleh dihapuskan terus sekiranya penagih-penagih menanamkan keazaman dan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi.Dalam Al-Quran pun Allah Taala dah berkata walau apa pun yang kita lakukan,pokok pangkalnya hati kita sendiri yang akan menentukan kejayaan usaha kita itu.
Salamsss... Pemberitahuan tentang aktiviti AADK terkini di Zon Selatan.
1. Karnival Jom Heboh bersama AADK Johor. Tarikh : 9 dan 10hb.Jun 2007 Tempat: Dataran Bandaraya Johor Bahru. Acara : Pameran Dan Penerangan Tentang Dadah. Pertunjukan Kawad Oleh Pelatih Pusat Serenti Muar. Persembahan Kugiran Oleh Pelatih Di Pusat Serenti Muar.
2. Pertandinagn Kawad Kaki Antara Penghuni-Penghuni Pusat Serenti Zon Selatan. Tarikh : Bulan Julai 2007 Tempat : Pusat Serenti Tampin,Melaka.
3. Kejohanan Futsal Terbuka Anjuran Pusat Serenti Tampoi,AADK Negeri Johor Dan Belia 4B Negeri Johor. Tarikh : 9hb.Jun 2007 Tempat : Pusat Serenti Tampoi,Johor Bahru.
Program GEMPADAH di Taman Tasik Titiwangsa, 1 Julai 2007 ~ Band Pusat Serenti Sg Besi bagi saya best! Syok derang punya performance. Lagu Mission Imposibble ngan Kitaro live!
Salamsss... Program Gempadah Di Tasik Titiwangsa memang meriah.Kawan-kawan saya yang pergi pun cakap sampai tak menang tangan semasa mereka jual air kelapa pandan di sana.Kepada Persada...tahniah diatas kejayaan anda.Walaupun anda tewas di peringkat zon dengan menduduki tempat ke 6,tapi anda bangkit dengan kejayaan penuh bergaya di peringkat kebangsaan.
Aktiviti Terkini AADK Di Zon Selatan.
1.Program Konvoi AADK Daerah Muar Bersama Johor Bikers Club Ke Felda Maokil, Segamat. Masa : 9.00 am Tarikh : 14hb.Julai 2007
2.Pameran Antidadah Sempena Ekspo Kekeluargaan Anjuran PEKIDA Malaysia. Tarikh : 6 - 8hb.Julai 2007 Tempat : Dataran Ledang,Tangkak,Johor. Masa : 8.00 am - 11.00 pm.
saya nak tanya sikit la... program program yang dibuat tu utk menyelesaikan masalah penagihan dadah ke atau untuk suka suka orang orang aadk..? jika dibuat atas keiklasan menyelesaikan masalah dadah ni, ok laaaa..jangan sebagai alasan untuk bersuka suka sudah laa sebab wang yang digunakan tu adalah amanah dari rakyat...dan ditanggungjawabkan oleh rakyat.... maaf jika tersalah bahasa sebab saya tak pandai nak bermain bahasa...iklas bertanya... maaf...
Salamsss... Sebagai maklum balas kepada pandangan saudara Peli itu,di sini saya menjelaskan bahawa semua program-program yang dilakukan oleh pihak AADKadalah bertujuan untuk membebaskan negara dari gejala penyalahgunaan najis dadah.Setiap program yang dijalankan tak semestinya ke arah pembanterasan dadah,tetapi juga mencegah dari berlakunya penyalahgunaan dadah dikalangan rakyat Malaysia dan juga menyedarkan masyarakat Malaysia betapa bahayanya dadah itu.Harap maklum.
alhamdulillah la jika begitu...sekurang2nya saya bertanya iklas ditempat yang betul dari bercakap dibelakang dengan pandangan yang negetif tanpa tahu perkara sebenar...malu bertanya tapi berani komen dari belakang tanpa fahami sebenar disebaliknya...jangan marahhh ye...ini membantu mereka yang takut bertanya tapi berani komen dibelakang...tenang aje jika niat kita betul...
Dah lama tak masuk forum ni.Bukan kerana dah tak minat atau lupa pada forum ni,tapi banyak tanggungjawab lain yang perlu dilakukan dalam tempoh masa ini.Banyak juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan di zon selatan yang tak dapat saya senaraikan dalam jangka masa yang agak lama.Tapi InsyaAllah keadaan ini akan cuba saya perbaiki.
uik... ni pgrm antidadah ker pgrm budak moto autoshow?? jgn la wat pgrm syok sendiri wei.. cari la pendekatan yg relevan sket. mcm band persada tu kire ok la gakk. mmg ade kena mengenakan.