Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Aktiviti AADK di zon selatan


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:
Aktiviti AADK di zon selatan


Ini ialah senarai aktiviti Agensi Antidadah Kebangsaan di zon selatan.

1.Program GEMPADAH Dan Konvoi Amal Belia 4B Bersama AADK Peringkat Negeri Johor Darul Takzim Di Daerah Segamat.

Tarikh  : 18hb Mei 2007
Tempat : Dataran Segamat,Johor.

2.Pertandingan Kugiran Antara Pusat-Pusat Serenti Peringkat Zon Selatan.

Tarikh  : 22hb.Mei 2007 sehingga 23hb.Mei2007
Tempat : Pusat Serenti Tampin,Melaka.

3.Pertandingan Bola Tampar Antara Pusat-Pusat Serenti Peringkat Zon Selatan.

Tarikh  : 6hb.Jun 2007 sehingga 9hb.Jun 2007
Tempat : Pusat Serenti Serendah,Selangor.

4.Pertandingan Sepak Takraw Antara Pusat-Pusat Serenti Peringkat Zon Selatan.

Tarikh  : 12hb.Jun 2007 sehingga 14hb.Jun 2007
Tempat : Pusat Serenti Muar,Johor.

5.Kejohanan Futsal Terbuka Anjuran AADK Negeri Johor,Pusat Serenti Tampoi Dan Belia Daerah Johor Bahru.

Tarikh  : 27hb.Jun 2007
Tempat : Belum Ditentukan.

Harap Maklum.furious


__________________

PUTERA



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

Zon utara camne? Ada sesapa yang tahu aktiviti2 AADK di zon utara?

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:

AADK di zon utara sila respon...kalo boleh bagi penekanan aktiviti pemulihan atau pencegahan di daerah sebab nampaknya zon selatan bagi semua aktiviti di pusat je....terhad sikit ler kalo orang luor nak join...

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

Kalo nak tunggu AADK jawap thread ni, jangan nak mimpi disiang hari lah! Boleh jadi penunggu dibuatnya. Kekadang naik pelik juga, aktiviti kiri kanan, atas bawah semua ada. Gempur sini, gempur sana tapi forum dalam rumah terbiar!@#$%^&*?

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

Memang aktiviti yang diberi sekadar yang agak havoc sahaja kerana sekiranya disenaraikan sepenuhnya semua aktiviti yang dijalankan oleh AADK di zon selatan,rasanya mahu tak cukup satu page ni kalau disenaraikan kesemuanya.Sila rujuk laman web www.adknj.gov.my bagi senarai aktiviti penuh yang dijalankan oleh AADK di zon selatan.

Salams....

__________________

PUTERA



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

Alhamdulillah,

AADK Zon Selatan berjaya dengan aktiviti2 mereka. Hai Zon Utara, camne?

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

Salams...
Beberapa pemberitahuan tentang aktiviti AADK di zon selatan:

1. Pertandingan Futsal Terbuka Anjuran Pusat Serenti Tampoi,AADK Negeri Johor Dan Belia telah ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditentukan kerana tarikh pertandingan futsal ini terlalu dekat tarikhnya dengan Pertandingan Sepak Takraw Antara Pusat-Pusat Serenti Peringkat Zon Selatan.

2. Keputusan Pertandingan Kugiran Antara Pusat-Pusat Serenti Peringkat Zon Selatan Di Pusat Serenti Tampin,Melaka pada 23hb.Mei 2007.

Pertama : Pusat Serenti Dengkil,Selangor.
Kedua : Pusat Serenti Jelebu,Negeri Sembilan.
Ketiga : Pusat Serenti Muar,Johor.

Harap maklum.

Salams...furious


-- Edited by Putera at 00:01, 2007-05-25

-- Edited by Putera at 00:03, 2007-05-25

__________________

PUTERA



Newbie

Status: Offline
Posts: 3
Date:

Saya dari utara, tapi nampaknya aktiviti pencegahan di utara ni agak muram. Mungkin tengah tunggu peruntukan baru kotyawn



__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 3
Date:

Kita tak nak aktiviti pencegahan bersifat ceremony saja. Apabila selesai majlis, masalah dadah masih tetap menjadi-jadi

__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 3
Date:

Salam perkenalan buat semua. Saya memang berminat dalam usaha membanteras dadah. Tapi sekarang ini terpaksa guna cara lain. Saya sangat benci kepada penagih yang pandai wayang, minta payung dsb

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

Salamsss...
                   Jangan saudara Ketuwhat membenci para penagih.Mereka juga manusia seperti kita,cuma bezanya mereka melakukan kesilapan dalam hidup mereka.Membenci mereka bukan 1 jalan penyelesaian yang baik.Menjadi tanggungjawab kita membantu mereka kembali ke pangkal jalan.

Salamsss...furious


__________________

PUTERA



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:

Tapi perasaan ketuwhat tu normal......cuba abg putera byangkan, mereka ni terutama yg hardcore dah lama hilang fungsi sosial mereka....mereka dikenali kerana sifat2 negatif mereka....jadi kalo dema masuk pusat dan keluar balik tak sampai 2 tahun adakah mereka nak jangka penerimaan terus dari semua masyarakat.....terpulang pada mereka utk mengubah sikap dan penampilan, pembawakan utk diterima semua oleh masyarakat sedikit demi sedikit......itu dari diri mereka....kita sebagai masyarakat pun kena ada kesedaran dan tanggungjawab bersama untuk selesaikan masalah ini, dengan peranan masing2.....ini idak....kalo tak kena anak sendiri tak mau ambik pot....lantak ler bukan masalah aku...ni kerja AADK, kerja kerajaan.....tapi bila kerajaan gagal, aadk gagal mula ler bising...orang itu salah, pihak ini salah, kerajaan salah, aadk tak buat kerja...tapi adakah mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka...dalam keluarga....di sekolah, dalam masyarakat...ditempat kerja.....kerajaan dan aadk hanya terima produk yg telah rosak dari kegagalan sistem yang lain.......jadi memang ler berat tanggungjawabnya......kita kena fikir byk perkara....masalah ni berubah2 sifatnya....dunia dah lain...kalo zaman dulu, nak tau perkataan dadah ni...mungkin dah umor 30 puluhan baru tau...zaman teman sekolah menengah baru tau...tapi zaman adik2 kita ni....tahun 2 - 3 dah tau pasal dadah...banyak sumber yang ada.....
kita bersama-sama ler memainkan peranan....usah ler menyalahkan orang lain...ini idak...udah jadi macam sub budaya penagih jer...orang lain jer tak betul......ayaaaa...banyakkk susahhhh laaaa....

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

Kekadang seronok juga dengar cerita2 pasal penagih ni. Ada yang benci, ada yang meluat dsbnya. Apapun bagi Tok Man, penagih kena ada perubahan. Kalu dah bertahun2 menagih jangan expect orang boleh terima kita dengan sekelip mata saja. Dalam NA kita orang cakap, "recovery is a progression, not a destination."



__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

Salamsss...
                 Betul juga cakap Ah Hok tu.Tapi kita tak boleh putus asa.Kalau kita sebagai warga AADK pun dah putus asa sekarang,macamana kita nak selesaikan masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah di negara kita sekarang ini.Bagi saya idea-idea dan tindakan-tindakan baru perlu dilakukan segera.Sebenarnya masalah penagihan semula ini boleh dikurangkan malah boleh dihapuskan terus sekiranya penagih-penagih menanamkan keazaman dan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi.Dalam Al-Quran pun Allah Taala dah berkata walau apa pun yang kita lakukan,pokok pangkalnya hati kita sendiri yang akan menentukan kejayaan usaha kita itu.

Salamsss...furious



__________________

PUTERA



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

Salamsss...
                 Pemberitahuan tentang aktiviti AADK terkini di Zon Selatan.

1. Karnival Jom Heboh bersama AADK Johor.
    Tarikh : 9 dan 10hb.Jun 2007
    Tempat: Dataran Bandaraya Johor Bahru.
    Acara  : Pameran Dan Penerangan Tentang Dadah.
                 Pertunjukan Kawad Oleh Pelatih Pusat Serenti Muar.
                 Persembahan Kugiran Oleh Pelatih Di Pusat Serenti Muar.

2. Pertandinagn Kawad Kaki Antara Penghuni-Penghuni Pusat Serenti Zon Selatan.
    Tarikh  : Bulan Julai 2007
    Tempat : Pusat Serenti Tampin,Melaka.

3. Kejohanan Futsal Terbuka Anjuran Pusat Serenti Tampoi,AADK Negeri Johor Dan Belia 
    4B Negeri Johor.
    Tarikh  : 9hb.Jun 2007
    Tempat : Pusat Serenti Tampoi,Johor Bahru.

Harap Maklum.

Salamsss...furious


__________________

PUTERA



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

Salamsss...
                   Keputusan Pertandingan Sepak Takraw Antara Penghuni Pusat Serenti 
                   Peringkat Zon Selatan.

Johan          : Pusat Serenti Tampin.
Naib Johan : Pusat Serenti Tampoi.
Ketiga         : Pusat Serenti Dengkil.

Harap maklum.

Salamsss...furious


__________________

PUTERA



Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:

Program GEMPADAH di Taman Tasik Titiwangsa, 1 Julai 2007









__________________


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:

Program GEMPADAH di Taman Tasik Titiwangsa, 1 Julai 2007 ~ Band Pusat Serenti Sg Besi bagi saya best! Syok derang punya performance. Lagu Mission Imposibble ngan Kitaro live!



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:

Program GEMPADAH di Taman Tasik Titiwangsa, 1 Julai 2007






~motor2 lain~

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

Salamsss...
Program Gempadah Di Tasik Titiwangsa memang meriah.Kawan-kawan saya yang pergi pun cakap sampai tak menang tangan semasa mereka jual air kelapa pandan di sana.Kepada Persada...tahniah diatas kejayaan anda.Walaupun anda tewas di peringkat zon dengan menduduki tempat ke 6,tapi anda bangkit dengan kejayaan penuh bergaya di peringkat kebangsaan.

Aktiviti Terkini AADK Di Zon Selatan.

1.Program Konvoi AADK Daerah Muar Bersama Johor Bikers Club Ke Felda Maokil,
   Segamat.
   Masa : 9.00 am
   Tarikh : 14hb.Julai 2007

2.Pameran Antidadah Sempena Ekspo Kekeluargaan Anjuran PEKIDA Malaysia.
   Tarikh   : 6 - 8hb.Julai 2007
   Tempat  : Dataran Ledang,Tangkak,Johor.
   Masa      : 8.00 am - 11.00 pm.

Harap maklum...

Salamsss...furious


__________________

PUTERA



Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

saya nak tanya sikit la... program program yang dibuat tu utk menyelesaikan masalah penagihan dadah ke atau untuk suka suka orang orang aadk..? jika dibuat atas keiklasan menyelesaikan masalah dadah ni, ok laaaa..jangan sebagai alasan untuk bersuka suka sudah laa sebab wang yang digunakan tu adalah amanah dari rakyat...dan ditanggungjawabkan oleh rakyat....
maaf jika tersalah bahasa sebab saya tak pandai nak bermain bahasa...iklas bertanya...
maaf...

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

Salamsss...
                 Sebagai maklum balas kepada pandangan saudara Peli itu,di sini saya menjelaskan bahawa semua program-program yang dilakukan oleh pihak AADKadalah bertujuan untuk membebaskan negara dari gejala penyalahgunaan najis dadah.Setiap program yang dijalankan tak semestinya ke arah pembanterasan dadah,tetapi juga mencegah dari berlakunya penyalahgunaan dadah dikalangan rakyat Malaysia dan juga menyedarkan masyarakat Malaysia betapa bahayanya dadah itu.Harap maklum.

Salamsss...furious


__________________

PUTERA



Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

alhamdulillah la jika begitu...sekurang2nya saya bertanya iklas ditempat yang betul dari bercakap dibelakang dengan pandangan yang negetif tanpa tahu perkara sebenar...malu bertanya tapi berani komen dari belakang tanpa fahami sebenar disebaliknya...jangan marahhh ye...ini membantu mereka yang takut bertanya tapi berani komen dibelakang...tenang aje jika niat kita betul...wink

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

Salamsss...

Keputusan Pertandingan Kawad Kaki Antara Pusat-Pusat Serenti Zon Selatan.

1.Pusat Serenti Tampin,Melaka.
2.Pusat Serenti Dengkil,Selangor.
3.Pusat Serenti Muar,Johor.

Harap maklum.

Salamsss...furious



__________________

PUTERA



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

Salamsss...

Keputusan Pertandingan Futsal Peringkat Kebangsaan AADK Di Kuantan,Pahang Darul Makmur.

1.Pusat Serenti Karangan,Perlis.
2.Pusat Serenti Tampoi,Johor.
3.Pusat Serenti Papar,Sabah

Keputusan Pertandingan Kawad Kaki Antara Pusat Serenti Peringkat Kebangsaan.

1.Pusat Serenti Tampin,Melaka.
2.Pusat Serenti Muar,Johor.
3.Pusat Serenti Dengkil,Selangor.

Harap Maklum.

Salamsss...furious


-- Edited by Putera at 14:10, 2007-08-27

__________________

PUTERA



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

Salamsss...furious

Dah lama tak masuk forum ni.Bukan kerana dah tak minat atau lupa pada forum ni,tapi banyak tanggungjawab lain yang perlu dilakukan dalam tempoh masa ini.Banyak juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan di zon selatan yang tak dapat saya senaraikan dalam jangka masa yang agak lama.Tapi InsyaAllah keadaan ini akan cuba saya perbaiki.

Salamsss...furious


-- Edited by Putera at 12:21, 2008-09-04

__________________

PUTERA



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 30
Date:

uik... ni pgrm antidadah ker pgrm budak moto autoshow??
jgn la wat pgrm syok sendiri wei.. cari la pendekatan yg relevan sket. mcm band persada tu kire ok la gakk. mmg ade kena mengenakan.

__________________
kcingg
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard