Jangan la kita anggap forum ini tak best atau hanya membuang masa.Tapi kita sebagai ahli forum ini sepatutnya berfikir dan mencari jalan bagaimana kita nak menjadikan forum ini supaya ia jadi lebih menarik dan havoc macam forum-forum yang lain.Jangan mudah putus asa.Ayuh!Mari kita sumbangkan idea dan material-material yang berguna untuk dimuatkan di dalam forum ini.Usaha yang kita jalankan ini pasti akan banyak memberikan manfaat dan faedah pada orang lain yang memerlukan dalam usaha kita untuk membasmi dadah yang merupakan musuh nombor 1 negara kita.
Kalo nak meriahkan forum ni rasanya kena dmulakan oleh staf aadk sendiri, dema ni byk maklumat dan idea, staf semakin ramai dan pelbagai kelulusan plak...kalo sorang post satu topik pun cukup le, meriah dan boleh menarik perbincangan yang lebih luas, gunakan forum ni sebagai salah satu cara untuk mengerakkan masyarakat memerangi dadah, tak kena bayo pun, boleh masuk kesetiap rumah org yang ada internet kat mesia ni...
Assalamualaikum,saya rasa memang kebanyakan staff AADK yang tak tau tentang forum ni.lagi satu masalah yang timbul ni kerana kebanyakan staff AADK ni ramai yang buta komputer dan kalau yang leh handle komputer pun sekadar on komputer untuk main game dan buat keje yang tak ada faedah.Kena cari gak la jalan macamana nak sedarkan orang-orang macam tu.lagi satu cadangan dari saya,apa kata kita wujudkan satu ruangan chatroom di mirc.gunakan server webnet.tapi saya pernah gak join channel adk kat mirc,tapi yang sedihnya chatroom tu tak ada orang dan kali terakhir topik di update ialah pada jun 2001.kalau kita leh ada jalan untu amik alih channel tu,leh gak kita usahakan sesuatu. .
Bagus jugak cadangan ko tu Putera. Apa kata kita kumpul peserta2 yang ada kesedaran betapa pentingnya perkara ini? Ataupun kita ambik alih aje forum AADK ni. Tulis surat/emel pada Tuan Haji, insyaAllah dia akan setuju. Kalau takde jawapan atau jawapannya negatif, kita taulah siapa dia Tuan Haji? Tapi saya rasa Tuan Haji akan setuju.
Tapi kena ada ahli forum yang bena2 serius. Bukan seperti yang lepas2. Kalu nak main2, banyak forum lain boleh masuk. Setuju tak?
__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.
Benar tu....bukan susah nak join forum ni...tiap ari kita bukak komputer tak kira mcm mana sibuk pun, sebelum balik atau pagi sebelum start kerja blh join...tak ganggu tugas hakiki pun....tak pun kita minta Tuan Haji sendiri post satu topic kat forum ni sebulan sekali....teman rasa melompat pegawai atasan kat hq aadk respon.....tok man try ler minta tuan aji buat mcm tu, kita pun tau pegawai2 gomen kita ni, tak caya try ler ada topik dr tuan haji sendiri, penuh ler dema kat forum ni....siap bagi nama penuh lagi....nak bagi tuan aji nampak nama dema...
OK, Tok Man nanti karang emel untuk Tuan Haji. Kita tengok dan lihat apa reaksi dia. Betul jugak kata Ahok tu. Mintak2 kepala dia elok lah supaya ekornya mengikut.
__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.
Salams... Tapi kalau setakat nak join forum ni hanya untuk dapat nama,baik tak payah.Dah banyak sangat makhluk yang spesis macam tu kat dalam AADK ni,kalau kat pusat serenti gelarannya WAYANG.Tak boleh ke kalau kita buat sesuatu kerja atau aktiviti tu dengan ikhlas dan dengan niat untuk menyelamatkan anak bangsa negara kita terutamanya anak-anak Melayu yang makin menghampiri kehancuran.Selagi sikap berpura-pura tu masih wujud dalam diri warga AADK,banyak masalah yang selama ni berada di dalam organisasi AADK,takkan selesai.Pi Mai Pi Mai Tang Tu La Gak.Macam ayam,patuk-patuk,cakar-cakar je.
Salams... Memang betul apa!Kalau setakat buat sesuatu kerja tu WAYANG,baik tak payah buat.Buang karan jer.Menjatuhkan orang yang tak bersalah tak pasal-pasal.Bila la masalah macam ni nak selesai dalam AADK.Tak teringin ke kalau kita buat kerja betul-betul dengan ikhlas.
Salams... Dalam hal ni,rasanya bukan nak cerita pasal diri sendiri.Tapi kadang-kadang rasa sakit mata dengan hati bila tengok orang yang diklasifikasikan WAYANG ni.Depan orang atas bukan main hebat cerita dan kerjanya.Bila belakang orang atas,pegang pen pun tak nak.Bila beri cadangan,macam-macam idea yang cukup hebat diaorang keluarkan.Tapi bila nak menjalankan idea-idea tu,orang lain yang kena buat.Dia goyang kaki je.Kalau setakat goyang kaki je takpe,ni siap cakap dengan orang atas yang kita buat kerja tak sebagus macam dia,sedangkan yang buat kerja kita.Dia langsung tak buat apa pun.
Salams... Lagi satu hal pasal cerita WAYANG ni saya keluarkan atas cadangan dari Tok Man bagi tempoh hari untuk minta KP hantarkan 1 topik setiap bulan untuk forum ni.Cadangan tu memang bagus.Tapi yang tak bagusnya,esok nanti ada la umat-umat manusia yang macam Tok Man cakap tu,bila reply semula pada forum,siap bagi nama penuh untuk tonjolkan diri sendiri tu.Saya tak cakap pun semua ahli yang join forum ni WAYANG.Yang saya maksudkan ialah mereka yang akan buat macam yang Tok Man dan saya cakap tadi.Kalau tak percaya,cuba la nanti bila KP mula hantar topik pada forum ni nanti.
Ooo camtu. Sorile, kekadang Tok Man ni cepat melatah jugak. Maklumle, dekat senja2 ni, sentiviti ia lain macam sikit.
Ni Tok Man nak cerita sikit. Sebenarnya Tuan Haji dah balas emel dari Tok Man tapi malangnya Tuan Haji tak tau nak bagi topik apa. Jadi Tok Man syorkan apa2 sahaja asalkan Tuan Haji turun padang. Setakat saat ni, Tuan Haji belum beri maklumbalas lagi. InsyaAllah kok Tuan Haji jawap, Tok Man akan beritahu cara emel atau PM saja, ok?
Bab2 wayang ni, malaslah Tok Man nak komen. Cerita pasal kipas mengipas ni tak akan habis2. Sudahnya, jadilah macam Putera ceritakan.
__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.
Salamss... Takpe la Tok Man.Tapi yang penting makin senja tu mesti makin berisi ye tak?Ha..ha..ha..Ni apa kita minta KP cerita tentang topik UNIT PENGUATKUASA AADK yang bakal beroperasi tak lama lagi,sebab tentang hal ni ramai warga AADK sendiri dan orang ramai yang masih tak faham dan kabur tentang penguatkuasaan yang bakal dilakukan oleh AADK nanti.Minta KP jelaskan tentang siapa yang akan terlibat,kuasa yang kita akan dapat,kita akan menggunakan senjata atau tidak dan adakah kita sebagai warga AADK akan jadi unit beruniform atau tak.
InsyaAllah, lepas solat Jumaat nanti Tok Man akan hantar emel pada Tuan Haji mengenai perkara tersebut.
Dengar cerita batch pertama sedang menjalan kursus selama dua bulan di Sungkai. Bestlah dia orang. Dapat pangkat cam polis! Muka pun jadi hitam kena kawad.
Putera bila agaknya akan pergi kursus pulak?
__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.
Salamsss... Memang sekarang ada kakitangan AADK yang sedang menjalani kursus di Sungkai atau lebih tepat lagi di Trolak.Tapi tak ada la sampai 2 bulan.Setahu saya mereka yang sedang menjalani kursus kat sana tu ialah pegawai-pegawai AADK dari gred s27 hingga s41.Kursus tu terbahagi kepada 2 peringkat.Setiap peringkat mereka kena kursus selama seminggu.Saya lambat lagi la Tok Man.tahun depan baru saya kena pergi kursus penguatkuasaan tu.Ni saya ada soalan nak tanya kat Tok Man la,saya cuma nak tahu,Tok Man ni staf AADK juga ke?Kalau ye,sebelah mana dan sebagai apa?
Salamsss... Rasanya forum ni semakin ada perubahan dari segi bilangan ahli firum yang semakin aktif untuk memberikan pendapat-pendapat mereka.Semoga usaha ini akan terus berkekalan hendaknya.
Perubahan? Abg putera...perasan dak...teman, abg putra dan tok man jerrr yang ada dalam ni.....teman pun skali sekala jer masuk....bz gak la ni....tapi curi gak masa tgk forum nii....lama2 kita pun boring gak nanti...tak ada member lain....ishk...ishk....mana orang lain ni....abg putra pun kempen ler kat kawan2 kat ps muar tu masuk forum ni......baru meriah....
alahaiiiii.....mana janji kawan2 yang nak memeriahkan forum ni.....mai ler......kita tarik ramai orang dalam ni....kembangkan perbincangan...jgan pecah kepala dok fikir sorang-sorang, boleh giler dibuatnya....ayohhh kwn2 di pusat...dari bkt chabang sampei ke muar...kuching n paparrrrr......kat daerah....jom ler....kes2 pengawasan....orang ramai....mak bapak...adik2...tok ketua, pak imammm....pemandu teksi, pemandu bas xpress, pemandu lori...bebudak sekolah.....pengerusi jkkk, peneroka felda....nelayan...jommm lerrr......jom ler semua yang tak disebuuttt....pak menteri, adun, ahli parlimennnn....pengarah...ketua pengarahhhh.....BERSAMA-SAMA MEMERANGI DADAH.....teman takutttt...kalo 2015 nanti tak selesai, AADK kena tutup....abang putera nak kerja kat mana masa tuuu.....
Salamsss... Uiks...takkan dah putus asa Ah Hok.Untuk pengetahuan pihak anda,saya telah menghantar e-mail kepada semua user e-mail bagi mengajak mereka untuk memeriahkan forum ini.Lagi satu memang tanggungjawab mereka pun.Saya juga sudah berbincang dengan moderator website AADK ini bagi mencari jalan bagaimana untuk menarik minat warga kerja AADK untuk join forum ini,dan saya juga berharap agar mendapat kerjasama dari Ah Hok dan Tok Man bagi menjayakan forum ini dengan menarik rakan-rakan anda menyertai forum ini.Perkara yang baik memang lambat dan kadang-kadang susah untuk dilaksanakan.Dah memang lumrah hidup di dunia macam itu.
tabik springgg kat putera.....pegawai mcm ni ler kita nak kat aadk, proaktif....bagus.....saya tak putus asa...saya nak menarik perhatian kawan2 jer....
akum sume... den org baru kek sini. baru jo join sobab kek daerah ni baru jo pasang tenet.. jom la kito meramaikan lg forum ni. maybe den cadangkan ade ruangan chatin kek sini.. hehe