Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: dadah menghancurkan bangsa jer

Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:
dadah menghancurkan bangsa jer

hai guys.. aku sebenarnya dah lama tak login. dulu first time aku post topik dadah untuk semua tu, aku still study but now aku dah join AADK. dak dekat setahun aku kat AADK aku dapat position S27. Skrang aku memangku ketua pejabat AADk Sik. Wow.. apa yang aku dapat tengok cukup berbeza. kalau dulu aku pelik nape bebudak ni boleh jerumus dalam bende ni. pas aku dah jadi pegawai AADK baru aku tau, dadah ni sebenarnya "berhantu". Bawah aku ada 80 orang kes yang sememangya hanya melayu jek. aku betul-betul sedih.
Tapi nak wat camne aku hanyalah orang yang diamanahkan tugas untuk jaga diaorang ni. Penagih yang menentukan hala tuju diaorang. Yang pasti dadah memang merosakkan kehidupan kita. Aku sendiri takut memekirkan masa depan bangsa kita yang semakin gelap kerana ramai anak melayu grad Pusat Serenti or penjara. Kesian ngan parents diaorang yang letak harapan tinggi tapi dimusnahkan dengan satu benda yang dikenali DADAH!!! Aku harap sangant pada kiata yang belum terlibat jangan la nak try... hanya merosakkan diri and perabih boraih ja. Melalui pengalaman aku, aku ada sepupu yang dah meninggal atas penangan dadah ni. So aku ambil peluang yang ALLAH kasi aku akan berkhidmat untuk masyarakat dan kerana ALLAH. Jom semua kita jauhi dadah.

__________________

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

wettok wrote:

Alhamdulillah. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa anda diatas segala keprihatinan saudara. Semuga lebih ramai lagi yang berkhidmat seperti anda, yang berkhidmat kerana Allah swt.

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:

Tahniah kpd wettok kerana diberi peluang utk membantu mereka2 yg terlibat dgn dadah...

Teruskan usaha murni anda utk memurnikan mereka yg terlibat dgn dadah supaya kembali ke pangkal jln...

Tahniah drpd saya...

__________________

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

Salamsss...
                  Memang tak dinafikan kebanyakan penagih dadah ialah terdiri dari orang-orang Melayu.Tapi jika kita ambil contoh dari kempen yang dijalankan oleh MCA bagi membendung penglibatan remaja berbangsa Cina dari terjebak dengan penyalahgunaan dadah,ternyata kempen itu berjaya sama sekali.Jika kita ambil peratusan bangsa Cina yang berada di pusat-pusat serenti,peratusan mereka hanyalah 2% sahaja.Kenapa bangsa Cina boleh melakukannya tapi tidak pada bangsa Melayu?Yang dapat saya nampak dan rumuskan ialah kekuatan hati,keazaman yang tinggi,keutuhan mental serta sokongan masyarakat adalah elemen yang amat penting dalam perjuangan kita unutuk menentang dadah musuh no.1 negara ini.Penglibatan dari badan-badan seperti UMNO,Belia 4B dan Jabatan Belia Dan Sukan juga amat diperlukan.Kadang-kadang badan-badan ini sesetengahnya hanya bersikap acuh tak acuh saja sedangkan mereka mempunyai peranan yang amat penting dalam memerangi dadah dan mencegah semula penagihan dadah di negara ini.Kita tak boleh menyalahkan bekas-bekas atau penagih 100% dalam isu penyalahgunaan dadah ini.Memang diakui mereka melakukan kesilapan,tetapi manusia mana yang tidak melakukan kesalahan di dalam hidup mereka.Peluang ke 2 harus diberikan pada mereka.

Salamsss...furious

__________________

PUTERA

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us

Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard