Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tips Temuduga Kerajaan


Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:
Tips Temuduga Kerajaan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera ahli-ahli forum semua,

Saya perlukan bantuan anda semua. Baru-baru ini, saya mendapat surat panggilan temuduga SPA untuk jawatan pembantu antidadah.

Saya perlu tahu, kerana ini adalah kali pertama dipanggil kerajaan.
- pakaian formal
- bahasa perantaraan
- ilmu yang macam mana penting untuk persediaan
- lain-lain yang penting yang kawan-kawan rasa perlu

Pakaian rapi saya biasanya baju kurung dan bertudung saja, tetapi perlu tak tambah dengan kot hitam? kelmarin ada juga mencari maklumat tentang agensi antidadah kebangsaan (web rasmi mereka). ingat nak study sekejap lagi... tapi satu saja, saya expect kerja ni banyak outstation (lepas tengok skop kerjanya) tapi saya ni belum ada kereta sendirilah... (Deskripsi Tugas: Bertanggungjawab mengendalikan program-program pemulihan penagih dadah dan pencegahan dadah di dalam institusi dan komuniti serta membantu menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan dadah).

Soalan yang unexpected adalah yang menakutkan saya. kalau ditanya nama-nama menteri malaysia ke, aduhai... muka kenal, nama payah sekali... hal israel - lubnan @ palestin tu, tahulah saya...

Tolonglah ya. Terima kasih semua. Harapnya, tempat saya bertanya ni betul... 

Wassalam.

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:

kesian tadak org yg sudi tolong jwbkan tuk si taubat nie....aku nak tulun jwbkan kang aku takut salah kasik nasihat...sowi arr taubat! ko call ler SPA tanya tak leh ker?

__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:


tidak mengapalah... saya sudah pun berjaya menghadiri temuduga tu. antara tips yang saya ada (melalui pengalaman pertama kali ini dan perbualan @ maklumat daripada kenalan baru) ialah:


PERSIAPAN:
* dapatkan maklumat sebanyak yang mungkin tentang pihak yang memanggil. gunakan kemudahan internet (cybercafe, jika tidak di rumah)
* ambil tahu isu semasa dan politik (paling-paling minima pun isu dalam tempoh satu minggu). sumber paling baik ialah surat khabar
* sediakan semua keperluan seperti resume, sijil asal yang disusun mengikut turutan daripada terdahulu hingga yang terkini
* 2 keping gambar bersaiz passpot (sekurang-kurangnya)
* alatulis (sekurang-kurangnya sebatang pen)
* sediakan @ gosok baju yang ingin dipakai sehari sebelum hari temuduga. pakaian yang sebaiknya ialah baju kurung. tidak perlu ditambah dengan kot. jika mahu berkot, pakai baju yang potongannya seperti itu. pendek kata, baju 2 kerat (bukan 3)
* sebaik-baik waktu sampai di tempat mendaftar ialah 45 minit (15 minit untuk mendaftar, 30 minit untuk bersarapan pagi). sarapan pagi sangat penting untuk mengelakkan sakit kepala, kurang tenaga atau nampak tidak bersemangat


SEMASA SESI:
* masuk selepas mengetuk pintu
* beri salam @ selamat
* jangan hulurkan tangan untuk bersalam jika penemuduga tidak berhasrat begitu
* serahkan fail resume, sijil dan sebagainya kepada ahli (bukan pengerusi)
* duduk apabila disuruh atau minta kebenaran untuk duduk jika mereka hanya mendiamkan diri sahaja (kerana adanya kerusi di situ, memanglah tujuannya untuk diduduki)
* letakkan beg dan fail-fail lain di meja kecil yang disediakan di sebelah kerusi tersebut
* duduk dengan sopan dan tegakkan badan
* formalkan bahasa. contoh, jika ditanya siapakah perdana menteri kita? jangan jawab "Pak Lah"
* biarkan penemuduga yang mengakhiri sesi
* ucapkan terima kasih kerana diberi peluang menghadiri sesi itu


LAIN-LAIN:
* bahasa - bergantung pada jawatan yang dipohon (SPM - bahasa malaysia)
* seeloknya, jangan pegang pen, terlalu banyak menggerakkan tangan atau kerap mengulang perkataan yang sama
* tidak perlu terlalu mempraktikkan sesi menjawab soalan. relaks...


Itulah sahaja. Nanti, kalau saya teringat lagi, saya akan tambahkan ya...



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:

tahniah taubat kerana dah berjaya mengharungi interview yg pertama....ader chance ker dpt keje nie? kalu ader syukur alhamdulilah...kalu tak berjaya tue jgn putus asa yek. nnti try lagi...tq sbb ko sudi share pengalaman interview ko nie...

__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

peluang tu ada kot...? ada juga bermimpi mendapat rezeki. mimpi yang kerap, berlainan tetapi mempunyai maksud yang lebih kurang sama. bukannya nak percaya sangat tetapi cukuplah untuk menyeronokkan hati dan berfikiran positif... kalau tak dapat pun tak apa, boleh cuba lagi... dan sama-sama...


 


 



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:

bagus....aku suka org yg ader semangat cam ko nie! cayalah....kalu dah sampai rezeki Allah kata ko akan dpt keje tue ko akan dpt gak....

__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

ya betul... insyaAllah, ada rezeki...

sesaja nak tanya, saudari emily bekerja di mana? memang dari AADK ke atau dari luar?



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:

aku keje swasta blum ader rezeki lagi nak keje dgn gomen. aku suka lepak forum nie w/pun tak ramai yg masuk forum nie aku tak kisah sgt drpd lepak forum yg satu lagi tue mmg havoc giler!!

__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

 


Adik,


aadk ni luas...ada pembantu yang akan bertugas di ibupejabat, negeri, daerah dan pusat serenti....kalau bertugas di negeri dan daerah, kena banyak buat penerangan dan ambil urin test (air kencing)..mgkn terlibat dengan serbuan..kalau kena bertugas dipusat serenti banyak tugasannya...yang penting rajin-rajin buka homepage aadk ni..


selamat maju jaya..


Razaleigh Hassan Zulkifli


Pegawai Penyelaras Orientasi dan Kemasukan, Pusat Serenti Batu Kurau, AADK, Kem. Keselamatan Dalam Negeri, Taiping, Perak


 


 



__________________
-


Newbie

Status: Offline
Posts: 3
Date:

salam semua..esok aku inteview pbantu antidah..aku nervous sgt..smpai xleh nak tdo..

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 11
Date:

amacam neo..dah lepas temuduga?
OK ke
kalau bertemuduga saja dah nervous camna nak mengadap bekas penagih yang dah 5-6 kali keluar masuik pusat / penjara?
tu belum lagi risiko penyakit kronik diorang
jangan nanti dah dapat kerja anda rasa nyesal pulak
atau buat kerja pilih-pilih
mana boleh buat - mana tak boleh bagi kat orang lain
dalam aadk x de perbezaan gender dlm jalnkan tugas
jawatan sama, gaji sama, kerja luar,kerja luar waktu pejabat,
kerja syif semua sama
pendek kata aadk bukan tempat yg ramai org kata
"nak senang kerja gomen" bukan n tidak sama sekali
sbb kalau mcm tu sikap warga aadk sampai bilapun
agensi penguatkuasa kita x boleh setanding dgn agensi penguatkuasa
lain mcm polis,kastam,imigresen dll
bukan tempatnya utk org yg terhegeh-hegeh, lembab dan minta kecuali itu ini
pendek kata warga aadk mesti sedia,cepat,pantas,tuntas dlm tindakannya

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard