Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Penipuan


Newbie

Status: Offline
Posts: 3
Date:
Penipuan


Assalamualaikum semua. Aku merupakan seorang isteri kepada penagih & pengedar syabu. Kami telah berkahwin selama 2 tahun & dikurniakan 1 cahayamata yg kini berusia 7 bulan. Perkahwinan kami atas dasar suka sama suka & persetujuan kedua2 keluarga. Aku tak tahu yang dia adalah penagih sehinggalah dia ditangkap kerana memiliki syabu setelah 2 tahun berkahwin. Dia berkata bahawa dia memang terlibat tetapi baru 2-3 bulan kebelakangan ini krn terdesak dgn kewangan.. Memanglah dia terdesak, sebab dia dah tidak hadir bekerja tanpa sebab selama 6 bulan. Sebelum ini dia sering meminjam duitku atas alasan ingin berniaga tetapi sering ditipu kawan. Aku musykil jugak tapi tak kisahlah, sbb percayakan kata2 manis dia. Dia berjanji ingin berubah & memulakan hidup baru. Tetapi selepas 2 minggu dia diikat jamin, datang seorang perempuan ke rumahku. Rupa2nye suamiku telah mengadakan hubungan sulit & terkutuk dgn perempuan itu sejak 3 bulan ini. Perempuan itu orang yang terpelajar, janda anak satu & cinta pertama suamiku sejak sekolah.. Mereka telah terlanjur banyak kali & sudah pun mengandung 2 bulan. Perempuan tu telefon aku & marah2 aku. Pelik jugak, sape yang kacau laki org ni?.. Tapi tak mengapa, sbb aku dah patah hati dgn suamiku. Keluarga suamiku menyalahkan aku menyebabkan suamiku mengambil syabu & ectasy.. Setelah disiasat, suamiku telah mengambil ganja, heroin & syabu sejK 7 tahun yg lepas..keluarganya merahsiakan drp pengetahuanku semasa berkahwin. Tetapi utk menutup malu mereka sekeluarga, aku yg dituduh. Kini suamiku bersekududukan dgn perempuan itu atas persetujuan kedua2 keluarga suamiku & perempuan itu. Atas restu bapa mertuaku yang juga merupakan seorang imam di kampung.. Aku sedang menuntut fasakh kerana aku memikirkan mase depan anakku. Aku boleh maafkan suamiku, tetapi tidak sanggup ambil risiko dia mencederakan anakku kerana dia menafikan yang anak kami itu adalah anak dia.. Memang bapa tak bertanggungjawab..

__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 3
Date:

Tambahan. Penipuan yang kumaksudkan ialah, suamiku mengaku dia tidak pernah mencintai aku tetapi kahwin kerana kesian.. Tujuan dia berkahwin dgnku adalah utk duit aku. Dia mula mencari perempuan lain setelah duit aku dah habis.. Betul2 habis..

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard