Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: bantulah aku yang dalam kebuntuan.............


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:
bantulah aku yang dalam kebuntuan.............


assalamualaikum......

saya ingin bantuan dari sesiapa yang sudi menberi pendapat dan pandangan terhadap kes saya ini. suami saya merupakan seorang penagih dadah dan kami telah mendirikan rumahtangga selama 4 tahun dan dikurniakan seorang putera yang kini berumur 3 tahun. pada awal perkenalan, saya tidak mengetahui yang dia  merupakan seorang penagih dadah dan pernah dihantar ke pusat serenti serta pernah menjalani kawalan selama 2 tahun di bawah kawalan AADK selama ini. Di awal perkahwinan tiada yang mencurigakan dan sehinggalah saya berjaya dalam temuduga dan saya ditawarkan bekerja dalam agensi kerajaan dan kami mula duduk berasingan dengan orang tua dan dari situ dia mula berubah. pada mulanya segala nafkah dan duit belanja dia bagi tapi selepas itu dia sudah mula mengabaikan tanggugjawabnya. segala perbelanjaan rumah, bil, dan lain2 saya yang uruskan. ketika anak kami mencecah satu tahun allah ingin menunjukkan pada saya hakikat sebenarnya, dia melakukan kerja tersebut di rumah. apabila saya melihat kejadian tersebut, saya membawa anak saya pulang ke rumah orang tua saya dan cara bertekad untuk memohon cerai darinya tetapi dia enggan menceraikan saya.

sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua dan akhirnya dia di tahan polis dan di bebaskan dengan ikat jamin. dia telah berjanji untuk berhenti dari menagih dadah tapi selepas itu dia kembali menagih. sudah banyak kali saya menasihati dan memberi sokongan agar dia berubah dan dia katakan dia sudah mengambil methadon dan rupa2nya dalam diam dia masih ambil benda tersebut.

sekali lagi dia di cekup polis atas perbuatannya dan seminggu di penjarakan. saya sudah tidak tahan dengan perangainya dan memberitahu keluarganya dan rupa2nya semua ahli keluarganya sudah tahu ttg dia selama ini seorang penagih dan mereka merahsiakan pada saya selama ini yang suami saya mempunyai rekod dadah. saya rasa benar2 tertipu dan tertekan. saya cuba untuk memberitahu keluarga saya ttg perkara ini tapi saya tidak sanggup untuk mbuat mereka susah hati dan kini anak saya semakin rapat dengannya.

saya pernah menyarankan agar dia mengambil methadon di hospital kerajaan tetapi pada mulanya dia enggan dan atas desakan saya akhirnya dia pergi juga untuk mendapatkan rawatan alternatif tersebut. sedikit lega di dalam dada tapi terdapat juga keraguan di hati. saya sentiasa memberi sokongan kepadanya agar dia betul2 berhenti dan berubah. setiap masa saya memahon pada Ilahi agar dia berubah dan di beri petunjuk.

Tapi di suatu malam, begitu sukar mata ini untuk dilelapkan dan dengan gerak hati berasa ingin menyelongkar setiap pakaiannya dan akhirnya saya menemui bukti yang dia masih mengambil dadah. betapa hancur luhurnya hati ini mengenangkan sikap suami yang di sangkakan betul2 dah berubah tetapi itu hanya lakonan semata2. sekarang saya keliru apa yang harus saya lakukan. terdetik juga di hati ini ingin memohon fasakh tapi perasaan sayang masih lagi ada kerana dia merupakan seorang suami yang penyayang pada saya dan anaknya. untuk pengetahuan tuan, sampai ke hari ke dua ibu bapa saya tidak mengetahui suami saya seorang penagih dadah. saya x sanggup menghancurkan hatinya. 

saya mohon sangat bantulah saya dan tunjukkan jalan penyelesaian apa yang harus saya lakukan.  

 



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard