Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Mampukah saya hadapi


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:
Mampukah saya hadapi


saya pernah menghabiskan masa selama hampir 15 tahun dengan sia-sia kerana dadah, malah kehidupan waktu itu bagai tiada serik sebab tiada nya asas kehidupan yang baik serta pemikiran yang sempurna, hidup dengan suasana sendiri, tiada motif dan impian yang mampu menjana kehidupan sempurna, keluar masuk penjara dan pusat serenti bukan asing waktu itu...namun tiada pernah berhenti dari aktiviti yang sia-sia. namun kali terakhir berada dipusat serenti telah mengubah banyak persepti dan pemikiran saya, walau kata putus tiada keputusan yang pasti namun itulah hakikatnya yang saya terima sebagai insan yang banyak melukai hati insan lain. kini diri masih dalam dilema kerana nasib yang sama, tiada perubahan dan gagal menjana kehidupan sempurna cuma bezanya saya tidak mengambil dadah lagi, walau pun begitu masih tertanya tanya apakah pandangan masyarakat terhadap insan seperti saya yang mempunyai latar belakang kehidupan yang teruk ditambah lagi dengan latar belakang keluarga yang kucar kacir, saya merasa amat tertekan dengan apa yang saya lalui ini. cuba untuk keluar dari keserabutan ini saya mempelajari benda lain malah keistimewaan saya tidak mendatangkan hasil. dikatogeri sebagai insan yang sukakan kebebasan saya memang tidak minat menghadiri apa-apa forum anjuran AADK malah pernah bertengkar dan kecewa dengan segelintir sikap pegawai AADK, apabila beliau menyatakan saya harus kembali melapor diri selama 16bulan lagi walau pihak polis telah mengeluarkan surat laporan tamat lapor diri di balai. kekadang saya sendiri tidak faham apakah yang terbaik untuk saya, cuma yang saya tahu saya ingin hidup jauh dari masa silam dan melupakan segalanya walau pun bukan perkara mudah berbuat demikian. kini saya hidup sendiri dalam kebingungan tidak pasti lagi apakah hidup saya akan jadi sempurna tanpa apa-apa pun yang saya miliki kecuali usaha yang sering gagal. mampukah saya hadapi kehidupan seterus ini atau kecundang lagi.

__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 3
Date:

Salam BurnedOuts...

Saya istri penagih dadah heroin. Sudah lebih kurang 15-16 tahun mengharungi hidup dengan seorang penagih...tak dapat nak luahkan betapa pedih & kecewa pabila dia kembali menagih. Banyak saya pelajari sepanjang hidup bersamanya...(skg seperti biasa, sudah sebulan lebih dia menghilangkan diri)...

Banyak yg ingin saya tanyakan dari BurnedOuts untuk pelajari & dalami pengetahuan dalam usaha saya (kadangkala saya dah macam putus asa, bila game nak over?)

Jika BurnedOuts tak keberatan, boleh email saya www.azie4060@yahoo.com
Mungkin saya juga dapat meringankan kebingungan BurnedOuts dari sudut pesepsi saya.




__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

saudara...

anda mampu....Allah jadikan manusia utk menjadi khalifah....anda x perlu jadi khalifah utk org lain.....jd la khalifah pd diri sendiri....

ini diri anda...anda yg menentu kan nye.....tida siapa yg dpt menghalang anda menjadi org yg lebih baik.....

anda jgn kecewa...w/pun di mana anda berada...w/pun di pusat serenti....jika anda ingin berhijrah.....lakukan lah.....mulakan dgn yg kecil...

ingat....jgn lupa Allah...kuatkan semangat....jgn di fikirkan benda2 yg lepas.....jdkan ia sebagai sempadan utk tidak terjerumus lagi.....sebaliknya lihat diri anda dlm 5 tahun lagi...apa yg anda mahu....dan lakukan...anda perlu kuat....jgn salahkan org lain jika anda gagal...bangun cepat2 dan teruskan usaha.....

jika hati rasa sedih dan tidak tahan dugaan...baca la ayat kursi sebagai menyejuk jiwa...InsyaALLAH....jiwa anda tetap utuh....

jika anda x mampu mendptkan pekerjaan....cari la peluang berniaga....anda jugak bole bercucuk tanam.....pertanian amat penting buat masa ini.....cari peluang.....jadi la ketua utk diri anda....

perkara yg penting...Allah tidak jadikan anda utk sia siakan diri....

niat anda utk memperbaiki diri adalah pencapaian yg sgt2 besar....tahniah!!

semoga berjaya ya...

__________________
khadeja ayesha
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard