Saya adalah bekas penghuni PS Gambang (Okt 05) dan juga PKAADK Kuantan (Sept-Dis 06) - R/N: 287-05 (Chegu).
Saya ingin tahu dari ahli-ahli di sini: Ada ke sesiapa yang bersama dengan saya di Gambang dulu tu?
Ini ada jugak unsur-unsur sentimental: Selepas bebas pada 18 Dis 2006, berbulan-bulan saya teringat kepada pusat Gambang, sebab banyak kenangan-kenangan manis ... kepada kawan-kawan dan pegawai-pegawai yang baik dengan saya, yang membantu dan menghibur saya pada masa-masa saya dalam kesusahan dan kesunyian. Saya kerap teringat: "Apa yang terjadi kepada kawan-kawan saya? Adakah mereka okay?" ... benda-benda macam ni.
Kalau ada sesiapa yang ingin berhubung dengan saya, e-mail saya ialah: cendana287ATgmailDOT com. Saya juga ada blog di: http://cendana287.wordpress.com