Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Rencana-Rencana dalam The Star 24, 25, 26 Jun 2008


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:
Rencana-Rencana dalam The Star 24, 25, 26 Jun 2008


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.

Saya adalah bekas penghuni Pusat Serenti Gambang (R/N: 287-05), yang bekerja sebagai wartawan bebas.

Pada 24, 25 & 26hb Jun 2008, akhbar The Star telah menyiarkan tiga rencana yang saya tulis - dua darinya adalah mengenai pengalaman saya di PS Gambang, manakala yang satu lagi adalah berkenaan Penjara Pengkalan Chepa:

Jailhouse blues
http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2008/6/24/lifefocus/20080623172443&sec=lifefocus

Forces at work
http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2008/6/25/lifefocus/21198619&sec=lifefocus

Dignity of rehab
http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2008/6/26/lifefocus/21198627&sec=lifefocus

Untuk pengetahuan semua, saya telah menulis ketiga-tiga rencana tersebut dengan niat yang jujur dan ikhlas - tidak ada langsung perasaan sengaja untuk perjatuhkan atau persenda sesiapa atau mana-mana institusi.

Ini khususnya mengenai Penjara Pengkalan Chepa - apa yang saya tulis itu sebenarnya telah "toned down", iaitu "diperkurangkan" dari apa yang sebenar.

Saya beritahukan perkara ini kerana saya tahu ada sesetengah warder tentunya akan marah bila saja ada apa-apa pendedahan tentang keburukan dan kelemahan institusi mereka. Dan mungkin menyimpan dendam. Tapi, cubalah tuan-tuan/puan-puan baca dan faham dulu, dan kemudian barulah komen (atau nak marah).

Pada masa yang sama, saya juga menulis dengan "tidak membodek" - semua yang saya beritahu tentang Pusat Serenti Gambang itu adalah dari hati sanubari saya. Dan saya ingin ulangkan sekali lagi di sini bahawa:

Saya rasa bertuah kerana telah di hantar ke Pusat Serenti Gambang pada 31 Okt 2005 ... Di situlah saya telah mula kenal diri sendiri.


Di sini, saya sekali lagi ingin ucapkan TERIMA KASIH kepada semua pegawai-pegawai AADK di PS Gambang, serta di PKAADK Kuantan, serta saudara-saudara di Pendamai & DiC; yang telah banyak membantu saya ... orang-orang yang telah menganggap saya sebagai "seorang manusia".

Untuk makluman, saya telah mulakan blog peribadi - namanya pun adalah dipengaruhi oleh ingatan kepada PS Gambang:
http://cendana287.wordpress.com

Terima Kasih kerana memberi saya sedikit ruang di sini.


__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 30
Date:

wahai en. cendana, mmg berbeza pendekatan serenti dan penjara. jgn anda samakan atau bandingkan serenti utkngkan. penjara adalah utk banduan, tp serenti utk pesakit. penjara anda di kurung namun di serenti tidak. tp sy percaya, penjara telah memberikan sedikit peringatan kepda anda agar tidak mengulangi lg kesilapan yg dulu. cukup la serik sekali....

__________________
kcingg
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard