Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tolong Adik Saya untuk bekerja dalam masa sama dibimbing


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:
Tolong Adik Saya untuk bekerja dalam masa sama dibimbing


Saya mempunyai adik yang berumur 32 tahun. Sudah berpisah dan mempunyai 3 orang anak yang tidak diketahu kabar berita. Angkara sikap dan perangai yang tidak mahu berubah dengan sebenarnya hanya mulut yang berkata mau berubah tetapi tindakan masih tidak bertanggungjawab menyebabkan sehingga kini dia tidak pernah menyara anak2 nya dan tidak mempunyai kerja yang tetap. Untuk makluman dia telah ke pusat serenti sebanyak 2 kali dan kali terakhir pada tahun 2006 tetapi beliau dapat keluar awal pada tahun 2007. Kemudian saya bantu dia ke Pulau Carey kerana disana ada bimbingan dari rakan senasib tetapi masalah dia tak dapat pendapatan yang cukup dengan kerja memotong rumput sahaja. Selepas itu dia bekerja di Kelab Golf Saujana Impian Kajang tetapi masih buat perangai lama dengan meninggalkan kerja dan meminjam duit kawan. Setelah sakit dia minta bantuan saya semula katanya dia sakit sebab tak ambil pil yang dikatakan dapat menghilangkan ketagih yang mahal. Padahal setelah sekian lama dia mengambil pil tu diklinik tiada apa2 perbezaan sekadar menahan ketagihan sementara. Dia sekarang dalam dilema samada nak terus semula ke Pulau Carey kerja yang tak tentu ada dan gaji yang sedikit. Memerlukan sokongan wang tambahan pula dari saya yang dah berumahtangga. Atau pun dia kembali kerja ke tempat golf yang hanya membenarkan dia kerja pada hujung minggu sahaja. Pilihan lain dia bekerja dengan dikilang2 berdekatan rumah saya tetapi dia khuatir akan terus terjebak dengan dadah semula bila dah duduk di rumah bujang dimana dikawasan itu penuh dengan mat-2 ganja dan maksiat terang-terangan. Saya perlukan satu tempat yang tidak memerlukan yuran dan dapat sentiasa mengawal diri dia dari tersasar dari landasan dan masa sama mendapat gaji yang cukup untuk memberi nafkah anak2 yang terabai bertahun2. Gaji yang diberi itu boleh saya tetapkan berapa untuk anak dan berapa untuk makan dan lain2. Kesimpulan nya saya boleh menguruskan duit hasil pencariannya.Ada tak caranya atau seumpamanya.Bantulah saya membantu adik saya sebelum dia mati dalam keadaan berdosa seumur hidup. confused

__________________
salmah


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 30
Date:

akum.. masalah mengenai abg puan salmah ni bukan la perkara asing bagi setiap keluarga penagih yang masih mengharap ahli keluarga nya pulih daripada penagihan. masalah penagihan ni memerlukan proses pemulihan sepanjang hayat. ini bermakna sepanjang hidupnya dia akan memerlukan sokongan daripada semua pihak. dlm masa itu sudah tentu la berlakunya ' jatuh bangun' penagih itu sendiri. yang penting, sokongan dr keluarga harus diteruskan kerana ia merupakan salah satu elemen untuk proses pemulihan penagih.

mengenai masalah kewangan seperti yg dicritakan, pada pendapat sy, pihak keluarga boleh merujuk kepada aadk daerah yang berdekatan untuk memasukkan dia tu ke dalam pusat khidmat aadk. untuk makluman, setiap negeri mempunyai pusat khidmat nya yg tersendiri yg menyediakan penginapan dan pekerjaan yg sesuai untuk dia. mungkin gaji yg ditawarkan tidak lumayan, tp dia boleh dibantu dari segi lain contohnya tabiat penagihannya. byk cara untuk mencari pendapatan tambahan, contohnya mengambil upah mesin rumput laman org atau kebun org. pusat khidmat akan menyediakan peralatan untuk memesin rumput, terpulang pada penghuni untuk berusaha atau tidak. makan minum penghuni juga akan ditanggung oleh pihak aadk, ini sedikit sebanyak akan menjimatkan wang pendapatan dia untuk di berikan kepada anak-anaknya.. 

__________________
kcingg
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard