Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: bagaimana henti ketagihan


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:
bagaimana henti ketagihan


 


 kita perlu balik kepada fitrah.Islam juga ada cara untuk merawat penagih.Tetapi kita tak buat kaedah Islam.


 Caranya?


Zikir Ya Allah Ya Khabir sebanyak mungkin.Al khabir itu adalah antara 99 nama Allah yang sgt berkesan untuk memulihkan nafsu ketagih.bukan ketagih dadah sahaja,tetapi apa sahaja benda yang haram yang membuatkan kita ketagih.ketagih rokok,perempuan,arak,judi dan sebagainya.


 assalamualaikum



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 27
Date:

Ilmu yang bermanfaat jika dikongsi pahala lah ganjarannya... semoga Allah memudahkan segala urusan mu dunia wal-akhirah...



__________________
~bukan susah nak jadi susah~


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

sesiapa tau leh la kongsi, baik untuk sume org

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:

cara utk menghentikan ketagihan adalah jgn sekali-kali mendekatkan diri dgn dadah. stay away from drugs to stop addiction!!

__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 2
Date:

assalamualikum..


petua untuk menghentikan ketagihan dengan sentiasa mengintai kembali setakat mana takok kita..


klu dah terlampau x tahan berusahalah kepada allah agar kita dapat kembali ke pangkal jalan


berdoa dan terus berdoa semoga kejayaan berada pada hati orang yang sabar




__________________
mastura


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

mendapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor AADK samada di pejabat AADK Daerah atau PKADK



__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 2
Date:

avena wrote:


   kita perlu balik kepada fitrah.Islam juga ada cara untuk merawat penagih.Tetapi kita tak buat kaedah Islam.  Caranya? Zikir Ya Allah Ya Khabir sebanyak mungkin.Al khabir itu adalah antara 99 nama Allah yang sgt berkesan untuk memulihkan nafsu ketagih.bukan ketagih dadah sahaja,tetapi apa sahaja benda yang haram yang membuatkan kita ketagih.ketagih rokok,perempuan,arak,judi dan sebagainya.  assalamualaikum


Kita perlu kepada ketahanan diri


 



__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

Sedih kalau saya maklumkan saya pernah mempunyai rakan yang penagih dadah. Dan saya pernah tanya tentang keajaipan kaunseling,,,,, tau apa jawapan dia orang???


kalau kaunseling boleh jalan lama dah kita terbang ke angkasa......


 



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:

Taiko wrote:



Sedih kalau saya maklumkan saya pernah mempunyai rakan yang penagih dadah. Dan saya pernah tanya tentang keajaipan kaunseling,,,,, tau apa jawapan dia orang???


kalau kaunseling boleh jalan lama dah kita terbang ke angkasa......


 





 


apa maksud kwn ko tue? maknanyer kaunseling yg diberikan oleh kaunselor pusat serenti tue tak berkesan atau tak melakat kat hati derang...


 



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

Assalamualikum sume,


Untuk pengetahuan sume. I rasa adalah lebih baik Ikenalkan diri dulu. I adalah seorang bekas penagih tegar., penah menagih lebih dari 20 tahun. So I rasa ada baik nya juga kalau I berkongsi sedikit pengalaman yg I ada dengan you all.


Adalah memang sukar bagi seorang penagih untuk berhenti dari ketagihan. Ini berlaku adalah kerana nikmat khayalan yang dirasai semasa menggunakan dadah. Walaupun cuba berkali-kali untuk menghindarkan diri dari ketagihan semula. Nostalgia2 indah yanag selalu menghantui fikiran. Apa yang biasanya seorang penagih katakan kepada seseorang yg tidak pernah mengambil dadah ["engkau tak tahu sebab engkau tak pernah rasa nikmatnya, bukan aku tak mahu berhenti"] betul tak.


Ok disini saya nak berikan contoh kepada orang yang tidak penah mengambil dadah bagaimanakah susahnya seorang penagih itu untuk melupakannya. (maaf kerana contoh ini agak kasar sikit) Seorang wanita yang melahirkan anak yang pertama mungkin akan bertaubat tidak akan melahirkan anak lagi semasa dia sedang bertarung dengan kesakitan hendak melahirkan iaitu antara hidup dan mati. Tetapi apa yg berlaku selepas itu? Kadang2 belum pun sempat habis pantang dia sudah sanggup untuk buat anak yang kedua(mengadakan hubungan sex dengan suaminya). Kerana apa? Ya semua orang tahu jawapannyakan. Begitu juga halnya dengan seorang janda yang tipis imannya. Tak tahu kah dia yg hubungan sex tanpa nikah itu salah?


So apa yang nak saya katakan di sini:


Apa yang dikatakan oleh aveena itu adalah betul.


Tak perlu lari dari dadah. Sampai bila kita boleh lari dan sejauh mana kita boleh lari-mana tempat yg tak ada dadah sekarang ini.


Rakan kawan kita yg mana seorang penagih katakan betul.(kaunselor di aadk sememangnya masih belum berkelayakan-minta maaf apa yang saya maksudkan disini bukanlah dari segi akedemik atau kelulusan mereka tetapi kebanyakannya bekerja sekadar untuk terima gaji bulanan sahaja.


Saya sendiri dapat menghindarkan diri dari ketagihan semula dengan cara yang saya fikirkan sendiri tetapi ianya adalah ilham yang saya dapat dari seseorang di AADK juga yang saya rasa patut dicontohi oleh semua pegawai2 yang ada di aadk.


Orang yang saya maksudkan ialah seorang wanita berbangsa cina tetapi cukup komited dengan tanggungjawab yang dipikul. Sanggup bangun hampir setiap hari seawal jam 5.00pagi untuk memastikan penghuni pesat serenti yang di jaganya hadir untuk solat subuh(semua orang tak suka bukan saja penghuni tapi staff yang bertugas termasuk ustaz sekali-berenti jadi ustaz lagi baik, kurang dosa). Beliau sanggup berjaga tengok penghuni buat qiamulail-takde sangkut paut dengan ugamanya pun.


Akhir sekali ucapan terima kaseh kepada Cik Puan Komandan PSSP iaitu MISS KHOR PHEIK EE.


Saya ada banyak lagi nak bercerita. Akan saya muncul di lain kali. Kepada yg ingin menghubungi saya boleh hubungi dialamat email saya:- osiboi64@yahoo.com


MAAF SEKIRANYA SAYA TERKASAR BAHASA



__________________
lqr


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:

saudara legir, tabik spring sbb dah berjaya hentikan ketagihan dadah nie...harap agar saudara legir tabah menjalani hari2 yg mendtg dgn penuh keyakinan & semangat. patutnyer saudara legir jadik pakar motivasi atau penceramah bebas yg bagi ceramah khusus mengenai bahaya dadah nie....


aku sokong!!!


 



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

Assalamualaikum semua,


Selamat berjumpa kembali. Firstly aku nak ucapkan terima kaseh to Emilyrose kerana perasankan akan kehadiran aku di ruangan ini. Thank you also for your cadangan supaya aku jadi penceramah tapi itu tak layak untuk aku sebenarnya.


Anyway kali ni aku nak sambung lagi sedikit maklumat yang aku ada untuk kita kongsi bersama. Ingin aku nyatakan disini, apa yang telah dikatakan oleh Avena iaitu kita harus kembali kepada fitrah.


Bagi aku setiap kesilapan boleh diperbetulkan dengan mencari punca kejadian. Aku nak tanya "kita dijadikan daripada apa?".Tentu banyak yang bagikan jawapan tanah, betul tak.. Dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa kita dijadikan dari setitik air mani yang suci. Ok apa yang aku nak ceritakan di sini ialah tentang air. Sebagaimana yang kita tahu, semua air yang ada pada asalnya adalah suci lagi menyucikan selagi ianya tidak dicemari atau tidak ditakungkan didalam bekas yang sememangnya kotor. Begitu juga dengan kita manusia yang dikirimkan oleh Allah swt. sebagai amanah kepada sepasang ibu bapa, bersih dari segalanya.Kemudian ianya akan berubah mengikut masa, persekitaran,didikan yang diberi dan berbagai-bagai lagi. Sama juga contohnya dengan air hujan yang turun kebumi dimana asalnya adalah suci namun ianya akan berubah mengikut takungan atau pun tempat yang disalirkan.


Jadi bolehkah kita bersihkan semula air tadi yang telah di cemari. Jawabnya boleh tapi ianya memerlukan beberapa proses dan kita haruslah sabar melakukan proses persulingan yang dijalankan mengikut kadar kotoran yang telah berlaku. Begitu lah jug hal nya dengan kita manusia kalau dah berlaku perubahan kepada yang tak sepatutnya seperti kami penagih dadah maka ianya memerlukan melalui beberapa proses yang sewajarnya bagi satu jangkamasa yang panjang dan juga kesabaran.Susah betul la aku nak hurai dengan tulisan dan ringkas ni, tapi tak pe aku cuba pelan pelan.


Cuba bayangkan.....


Ambil satu baldi air yang kotor, berkarat, bau busuk dan sebagainya. Mulalah kita buatkan penyulingan saehingga selesai, ianya akan mengambil masa yang lamakan tapi sabarlah buat sampai selesai. Apa akan terjadi pada air tersebut. Semua orang tau kan, bersih  dan jernih kembali serta tak bebau lagi. Sekarang masukan ke dalam botol dan simpan baik-baik.Setelah lama, satu hari tergamak ke kita minum air dalam botol tersebut, mungkin kita sudahpun melupai akan asal nya air itu.


Ok lah aku dah letih. Kita jumpa lagi dilain masa itu pun kalau masih ada yang sudi kalau banyak yang membenci aku rela mengundurkan diri daaai gelanggang ini


Wassalam.



__________________
lqr


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:

legir, aku rasa ko patut terbitkan satu buku berkenaan kisah ko...maybe dgn cara tue ko bley nasihatkan org ramai supaya hindarkan diri drpd terjebak ke kancah penyalahgunaan dadah...

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

Assalamualaikum,


Alo kengkawan sume pekabar,aku harap sumenya sht2 saje. First aku nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA aidilfitri n selamat DEEPAVALLI pd sume. Sorryla kengkawan cz dah lama aku tak tulis dlm forum ini, sekarang ni aku sengaja sibuk2 kan diri ngan keje2 yang boleh masyuk hasil sikit. Bknnya ape first aku tak nk ingatkan kisah2 silam sebab very2 dangerous to me (kalau selalu diingat nanti yg sronok2 je yg dtg so ianya blh mendorongkan aku utk kembali ke jalan jahanam tu balik....cukuplah!). Second aku ada rancangan nak buat satu projek(insyaAllah bila dah cukup modal) dimana bila dah dilaksanakan nanti aku nak kumpul sume member2 yg sealiran ngan aku dulu dan yg benar2 dah insaf untuk sama2 memulakan penghidupan yg dapat memberi menafaat di dunia dan di akhirat(insyaAllah-tlg doakan)


Oh ye.., thank u to all of u bcz gv me a full support. Alhamdulillah so far aku still mentance consistent n aku tak lupa berdoa semoga Allah swt sentiasa melindungi aku agar tidak kecundang lagi. Aku memang ada bercadang untuk menulis tentang kisah perjalanan hidup aku untuk dijadikan sebagai panduan pada yg lain tp bukan sekarang nantilah sikit masa lagi(thnk'u emilyrose).


OK lah sume, takat ni dulu 4 ths time. Aku akan tulis lagi next time n sekali lg terima kaseh pd you all atas sokongan yg berikan. Kalu sume org yg menganggap diri mereka dari golongan yg baik2 dapat memberi sokongan macam yg korang beri pada aku ini kepada spesis2 yg serupa dgn aku di luar sana. Aku percaya apa yg di war-warkan oleh Pak Lah PM kita iaitu Malaysia Penagih Sifar insyaAllah akan mudah tercapai.


bye-bye  WASSALLAM........


    



__________________
lqr


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

assalamualikum...saya org baru disini..


ini adalah pandangan/tips dari saya mengenai bagaimana mahu berhenti penagihan dadah..


Mengikut pandangan saya...pengulangan adalah disebabkan kekuatan mental yang lemah untuk berhenti menagih dadah disamping keadaan tubuh badan yang masih tidak sihat..


Cuba fikir...apa tujuan kaunseling..tujuan utamanya untuk memberi kekuatan mental untuk menolak menggunakan dadah lagi dan bermacam2 nasihat/cadangan digunakan atau contoh2 diberi agar kita/mental kita dapat menolak penggunaan dadah dan bagaimana untuk menghadapi masalah jika terdapat masalah dengan keluarga atau masyarakat atau pun diri sendiri...tapi tujuan utamanya bagaimana mengendalikan mental agar dapat menolak penggunaan dadah lagi.


Tapi adakah kaunseling dapat memberi kekuatan mental 100% ??? Jika sistem badan kita boleh rosak kerana menagih...bagaimana dengan mental kita?? pasti rosak juga kan...


Jadi step pertama adalah pastikan mental kita sihat dulu... bagaimana??? jeng..jeng..jeng


nanti akan diberi tipsnya...banyak sangat menaip ni..letih la...sabarrrrrrrr  



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

Hello peli..selamat datang dan tima ksh kerana sudi menjenguk keruangan yg kebanyakan orang benci, TQ.


Terima ksh la cz u sudi meluangkan masa utk berkongsi pengetahuan ngan kami di sini. Saya akan tggu tips yg u katakan tu n saya pn insyaAllah kalau ada masa akan saya cuba untuk ceritakan my experience..'what I have done to my selft to quit from that blady thing'.


Sorry la i hv to go now..see u all nxt time ok..bye


ASSALAMUALAIKUM.....



__________________
lqr


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

langkah pertama utk henti penagihan adalah kekuatan mental...tapi kekuatan dapat diperolehi dengan berbagai cara..
cara yang mudah...kuatkan fizikal dulu..badan mesti baik..mesti jalani detoksifikasi dulu sama ada cara makan ubat atau bersenam. dan seterusnya badan mesti sihat dari penyakit seperti sakit belakang ,saraf atau sebagainya..kemudian baru mentalnya kuat..mental yang kuat dari badan yang sihat..
selepas mental sihat...bagaimana mahu hilangkan kerinduan pada dadah itu..ini melibatkan memory editing..atau ingatan disusun semula..itu secara kasar la...insyaalah jika kena caranya anda akan berjaya malah lupa tentang kerinduan itu atau sekurang2nya 80% dapat dilupakan...



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

oppp lupa pulak...yang paling penting...dalam diri mesti ada niat untuk berhenti...walaupun sedikit..dah cukup...kemudian kembangkan keinginan itu... insyaalah....tiada penyakit yang tiada ubat kecuali mati. dan sesungguhnya Allah ciptakan manusia ini sudah cukup lengkap..gunakan kemampuan diri yang telah Allah bekalkan..

InsyaAllah, ketagihan ini bukanlah satu masalah yang besar pada diri seseorang itu jika mereka yakin kepada janji Allah. Berdoalah pada ku nescara ku perkenankan..ini janji Allah dan Allah tak pernah mungkir janji..

Jangan putus Asa...itu sifat syaitan...berusaha laa...terdapat banyak cara untuk hilangkan penagihan ini..percaya la....

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

Langkah pertama kta mesti mengaku bahawa kita ni penagih dadah. Jangan jadi hipokrit. Selepas tu insyaAlah, jalan akan terbuka untuk kita berhenti dari menagih. Benar kata Peli tu, dalam diri mesti ada niat untuk berhenti.

__________________
I cannot undo what I've done, but I can live better today.

Malaysia's First Recovery Blogger


Newbie

Status: Offline
Posts: 2
Date:

Salam.

Mana pergi Leqir?
kenapa berhenti menulis?
Saya menantikan tulisan anda yang seterusnya..

__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

Salam..

Ya...mana pergi Leqir?? Saya pun menantikan tulisannya..saya cu emel,tetapi tidak berjaya..harap dapat berhubung semula..

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard